Selamat Hari Lahir, Shaharuddin Abdullah!

Selamat hari lahir yang ke-75 kepada Olimpian negara, Shaharuddin Abdullah! Beliau pernah mewakili Malaysia di Sukan Olimpik Munich 1972 bersama Harimau Malaya.

Pada tahun 1965, Shaharuddin Abdullah dipilih untuk menyertai pasukan belia Pulau Pinang di Piala Burnley sebelum diserapkan ke dalam pasukan senior pada tahun 1967. Beliau juga menganggotai skuad belia Malaysia dan bermain di Kejohanan Belia Asia 1965, di mana mereka menduduki tempat ketiga.

Diberi gelaran seperti “The Black Cat” dan “Sharpshooter”, Shaharuddin mula bermain untuk pasukan kebangsaan pada 1967. Pada tahun berikutnya, beliau membantu Malaysia memenangi Pestabola Merdeka 1968 – kemenangan pertama mereka dalam lapan tahun – dengan menghasilkan sebiji gol di perlawanan akhir. Malaysia berjaya mewaskan Burma 3-0 dengan dua lagi jaringan daripada Zulkifli Norbit dan N. Thanabalan.

Beliau juga menjuarai Pestabola Merdeka dua tahun berturut-turut pada tahun 1973 dan 1974. Penampilan terakhir beliau bersama Harimau Malaya adalah pada Sukan Asia Tehran 1974, di mana mereka membawa pulang pingat gangsa.

Semoga segala kejayaan and pengorbanan beliau akan sentiasa diingati dan menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.

//

Happy 75th Birthday to national Olympian Shaharuddin Abdullah, who represented Malaysia at the 1972 Munich Olympic Games!

In 1965, Shaharuddin Abdullah was selected to join the Penang Youth team for the Burnley Cup before he joined the senior team in 1967. He was also part of Malaysia’s youth team and played at the Asian Youth Football Tournament, where they placed 3rd in 1965.

Nicknamed “The Black Cat” and “Sharpshooter”, Shaharuddin joined the national team in 1967. The following year, he helped Malaysia win the 1968 Merdeka Tournament – their first win in eight years – by scoring in the final. Malaysia defeated Burma 3-0 with additional goals by Zulkifli Norbit and N. Thanabalan.

He won the Merdeka Tournament twice more with Malaysia in 1973 and 1974. His last appearance with Harimau Malaya was at the 1974 Tehran Asian Games, where they brought home the bronze medal.

We hope that all of his sacrifices and successes will always be remembered and become an inspiration for generations ahead.

Leave A Reply

Your email address will not be published.