Malaysia di Kejohanan All England – 1960-80an

Setelah kemenangan beregu lelaki di Kejohanan All England 1959, Malaysia menanti-nantikan kejuaraan seterusnya untuk beberapa tahun. Pada tahun 1965, Malaysia akhirnya mendapat tempat di perlawanan akhir perseorangan dan beregu lelaki. 

Ng Boon Bee dan Tan Yee Khan berjaya menewaskan gandingan Erland Kops dari England dan Oon Chong Jin, warga Malaysia yang menetap di UK pada masa itu (15-7, 15-5). Namun, Erland Kops bangkit semula untuk menjuarai perseorangan lelaki, apabila beliau menewaskan Tan Aik Huang (15-13, 15-12). 

BAM menggelar perjuangan Malaysia di All England 1965 sebagai satu nafas baharu dan mahu mengekalkan prestasi pemain-pemain mereka. Pada tahun 1966, BAM menghantar tujuh pemain untuk mencapai kejuaraan perseorangan lelaki yang diidamkan. Tan Aik Huang kembali untuk peluang kedua dan akhirnya meraikan kemenangan atas Masao Akiyama dari Jepun (15-7, 15-4), di perlawanan akhir. Selepas beliau pulang ke Malaysia, Tan Aik Huang ditawarkan biasiswa universiti daripada BAM atas seluruh pencapaian beliau di Eropah. 

Ng Boon Bee & Tan Yee Khan pula mempertahankan kedudukan mereka dengan menewaskan Finn Koberro & Jørgen Hammergaard Hansen (9-15, 15-9, 17-15) untuk menjuarai beregu lelaki pada tahun yang sama. 

Tan Aik Huang terus mara ke perlawanan akhir All England tetapi tewas kepada Erland Kops (15-12, 15-10) pada tahun 1967 dan Rudy Hartono (15-12, 15-9) pada 1968. Tahun 1970-an menyaksikan dominasi Indonesia dalam dunia badminton. Rudy Hartono, dengan megahnya, menjuarai perseorangan lelaki selama tujuh tahun berturut-turut dari 1968-1974, sebelum rentak beliau diganggu oleh Svend Pri dari Denmark. Rudy Hartono berjaya menang sekali lagi pada tahun 1976. 

Kejohanan All England 1971 menyaksikan perlawanan akhir perseorangan lelaki antara dua pemain dari Indonesia. Namun, Malaysia masih berjaya mara ke perlawanan akhir beregu lelaki dengan gandingan Ng Boon Bee & Punch Gunalan. Merdeka berdua muncul juara setelah menewaskan pasangan dari Indonesia, Rudy Hartono & Indra Gunawan (15-5, 15-3), dalam masa 26 minit. 

Malaysia, yang pernah digelar nombor satu dalam dunia badminton, hanya mendapat kemenangan seterusnya 11 tahun kemudian di Kejohanan All England 1982. Pada zaman itu, adik-beradik Sidek mendaki kejayaan di seluruh dunia. Edisi ini menyaksikan Razif & Jalani Sidek mencapai kemenangan ke atas Billy Gilliland & Dan Travers dari Scotland (8-15, 15-9, 15-10) dan menjuarai beregu lelaki. 1982 merupakan kali pertama Malaysia mendapat tempat di perlawanan akhir All England sejak tahun 1974, di mana Punch Gunalan akhirnya tewas kepada Rudy Hartono (15-8, 9-15, 10-15). 

Razif & Jalani Sidek kembali ke peringkat akhir pada 1986 dan 1988 tetapi muncul sebagai naib juara. Misbun Sidek, abang mereka, mara ke perlawanan akhir perseorangan lelaki pada 1986 dan malangnya ditewaskan oleh Morten Frost. 

Adakah ini kebangkitan Malaysia dalam dunia badminton? Nantikan apabila kami terus menceritakan tentang kisah kejayaan negara kita di Kejohanan All England. 

(Kredit foto: Dunia Sukan)

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#MuziumSukanMalaysia
#AllEngland2022

//

Malaysia at the All England Open Championships – 1960-80s

After their Men’s Doubles win at the 1959 All England Open Championships, Malaysia would have to wait a few years before they were back on top. It wasn’t until 1965 where Malaysia secured places in both the Men’s Singles and Doubles final. 

Ng Boon Bee & Tan Yee Khan won the Men’s Doubles title, defeating the pairing of Erland Kops from Denmark and Oon Chong Jin, a Malaysian living in the UK (15-7, 15-5). Kops bounced back to win the Men’s Singles title after defeating Tan Aik Huang (15-13, 15-12)

BAM called it a revival for the country and ensured to maintain their players’ performances. In 1966, Malaysia sent seven players to fight for the coveted Men’s Singles title. Tan Aik Huang was back for a second chance and it paid off, easily winning over Japan’s Masao Akiyama (15-7, 15-4) in the final. After returning to Malaysia, Tan Aik Huang was offered a university scholarship from BAM for his achievements in Europe.

In Men’s Doubles, Ng Boon Bee & Tan Yee Khan defended their title by defeating Finn Kobbero & Jørgen Hammergaard Hansen (9-15, 15-9, 17-15). 

Tan Aik Huang continued to reach the final round but lost to Erland Kops (15-12, 15-10) in 1967 and Rudy Hartono (15-12, 15-9) in 1968. The 1970s saw the rise of Indonesia’s dominance in the world of badminton. Rudy Hartono won the Men’s Singles title for seven years straight from 1968-1974, before his streak was disrupted by Danish player Svend Pri. He eventually won again in 1976. 

While there was an all-Indonesia Men’s Singles final in 1971, Malaysia found their way to the final round of Men’s Doubles. Ng Boon Bee & Punch Gunalan came out triumphant after defeating Indonesian pair Rudy Hartono & Indra Gunawan (15-5, 15-3) in 26 minutes. 

Once number one in the world, Malaysia’s next win at All England came 11 years later in 1982. The Sidek brothers have risen to prominence and this edition saw Razif & Jalani Sidek winning the Men’s Doubles title, defeating Billy Gilliland & Dan Travers from Scotland (8-15, 15-9, 15-10). This marked Malaysia’s first time in an All England final since 1974, where Punch Gunalan lost to Rudy Hartono (15-8, 9-15, 10-15). 

Razif & Jalani Sidek returned to the finals in 1986 and 1988 but lost to their respective opponents. Misbun Sidek, their brother, reached the Men’s Singles final in 1986 and was unfortunately defeated by Morten Frost.

Did Malaysia badminton get a new lease of life? Stay tuned as we continue to share our country’s successes at the All England Championships.

(Photo credit: Dunia Sukan)

Leave A Reply

Your email address will not be published.