Perlawanan Akhir Unifi Piala Malaysia 2024 -2025: JDT FC v Sri Pahang FC

Johor Darul Ta’zim FC 2–1 Sri Pahang FC

⚽️ T. Saravanan 14’

⚽️ Bergson Da Silva (P) 54’  ’

⚽️ Arif Aiman Hanapi 74’

Johor Darul Ta’zim FC (JDT) mengesahkan keunggulan mereka di persada bola sepak tanah air apabila muncul juara Piala Malaysia buat tiga musim berturut-turut. Pasukan kendalian Hector Bidoglio mengalahkan Sri Pahang FC (SRP) 2–1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, KL Sports City semalam yang disaksikan oleh 55,552 penonton.

Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Super 2024-25 Arif Aiman muncul sebagai wira pasukan JDT apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-74. Beliau juga dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.

Pasukan didikan Fandi Ahmad mendahului lawan 1–0 pada separuh masa pertama menerusi gol T. Saravanan pada menit ke-14. JDT bangkit pada separuh masa kedua dengan gol penyamaan daripada sepakan Bergson pada minit ke-54.

Dua pemain, Sergio Aguero (SRP) dan Park Jun-heong (JDT), diarah keluar padang setelah dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali.

Dengan kemenangan ini JDT telah menggondol 30 piala dalam tempoh 12 tahun. Ini merupakan satu kejayaan yang luar biasa yang melalakar satu tahap yang sukar ditandingi.

Johor Darul Ta’zim FC (JDT) proved their dominance in the domestic football scene when they emerged as Malaysia Cup champions for the third consecutive season. The team under Coach Hector Bidoglio defeated Sri Pahang FC (SRP) 2–1 at the Bukit Jalil National Stadium, KL Sports City yesterday, which drew in an enthusiastic crowd of 55,552. spectators.

The 2024-25 Super League Most Valuable Player (MVP) Arif Aiman ​​became JDT’s hero when he scored the winning goal in the 74th minute. He was also awarded Man of the Match for his impressive performance.

Fandi Ahmad’s team was ahead of their opponents 1–0 in the first half through a goal by T. Saravanan in the 14th minute. JDT came back in the second half with an equalizer from Bergson in the 54th minute.

Two players, Sergio Aguero (SRP) and Park Jun-heong (JDT), were sent off the field after being shown a red card by the match referee, Razlan Joffri Ali.

With this victory, JDT has won 30 trophies in 12 years. Their incredible success over the years set a standard that is difficult to match.

Leave A Reply

Your email address will not be published.