Kejuaraan Pertama Pahang di Piala Malaysia

Setelah mara ke separuh akhir sebanyak enam kali sejak dipertandingkan, Pahang berjaya melangkah ke peringkat akhir Piala Malaysia pada tahun 1983. Kesabaran dan keazaman mereka menghasilkan kejayaan untuk menjulang Piala Malaysia buat kali pertama sejak ia mula sebagai Piala Malaya pada tahun 1921. 

Dalam perjalanan ke perlawanan akhir, pasukan Tok Gajah mengalahkan Kelantan (agregat 5–4) pada suku akhir dan juara 1974, Pulau Pinang (agregat 6–1) pada separuh akhir. 

Pahang membuka tirai jaringan menerusi Hamidon Abdullah pada minit ke-17 yang mencetus kebangkitan Selangor. Mereka berjaya menyamakan kedudukan 11 minit kemudian dengan jaringan daripada Khan Hung Meng yang sedang memburu  kejuaraan ke-3 berturut-turut. 

Perlawanan yang berkesudahan 1-1 diheret  ke masa tambahan, di mana rembatan oleh Zainal Abidin Hassan melepasi penjaga gol, R. Arumugam, sebelum T. Pathmanathan memberikan Pahang satu lagi gol. Ini merupakan musim pertama Zainal bersama Pahang yang sebelumnya berbakti dengan pasukan lawan. Di bawah bimbingan ketua jurulatih Frank Lord, ketika inilah beliau ditukar posisi dari pertahanan kepada penyerang. 

Selangor berjaya menjaringkan gol kedua mereka melalui pemain gantian Mokhtar Dahari. Beliau dikatakan dibawa masuk terlalu lambat pada masa tambahan. Pasukan Merah Kuning sememangnya tidak berputus asa dan cuba yang terbaik untuk menyelamatkan permainan. Namun, dua gol mereka akhirnya tidak mencukupi untuk menentang tiga gol daripada Pahang. 

Pahang: Sanusi Daud, Jamal Nasir, Tajuddin Nor, D Davendran, Noordin Mohammad (Abdullah Din), T. Pathmanathan, R. Suriamoorthy, Abdah Alif, Hamidon Abdullah, Yunus Alif, Zainal Abidin Hassan

Selangor: R. Arumugam, Lim Teong Kim, Santokh Singh (K. Gunasegaran), R. Subramaniam, Wong Hung Nung, Reduan Abdullah (Mokhtar Dahari), Jamaluddin Norbit, K. Kanarajah, Razali Alias, K. Rajagobal, Khan Hung Meng

//

Pahang’s First Malaysia Cup Victory

After reaching the semi-finals six times since its inception, Pahang successfully advanced to the Malaysia Cup final in 1983. Evidently, their patience and determination led to their first Malaysia Cup victory since it was first established as the Malaya Cup in 1921. 

On their way to the finals, the Elephants defeated Kelantan (5-4 on aggregate) in the quarterfinals and 1974 winners Penang (6-1 on aggregate) in the semis. 

Pahang scored the first goal of the match through Hamidon Abdullah in the 17th minute, which led Selangor to retaliate. They equalised 11 minutes later through Khan Hung Meng, who was gunning for his third championship win in a row with Selangor. 

90 minutes in, the match found itself deadlocked at 1-1. Into extra time they went, where Zainal Abidin Hassan scored a winning shot past goalkeeper R. Arumugam before T. Pathmanathan gave Pahang another goal. This was Zainal’s first season with Pahang, recently transferred from the opposing team. It was under Frank Lord’s coaching as well that he was transformed from being a defender to a striker. 

Selangor persevered to deliver one more goal through Mokhtar Dahari, who was said to have been substituted in too late during extra time. Selangor tried their best to save the game until the end but their two goals were not enough against Pahang’s three. 

Pahang: Sanusi Daud, Jamal Nasir, Tajuddin Nor, D Davendran, Noordin Mohammad (Abdullah Din), T. Pathmanathan, R. Suriamoorthy, Abdah Alif, Hamidon Abdullah, Yunus Alif, Zainal Abidin Hassan

Selangor: R. Arumugam, Lim Teong Kim, Santokh Singh (K. Gunasegaran), R. Subramaniam, Wong Hung Nung, Reduan Abdullah (Mokhtar Dahari), Jamaluddin Norbit, K. Kanarajah, Razali Alias, K. Rajagobal, Khan Hung Meng

Leave A Reply

Your email address will not be published.