Sarjit Singh Kembali Menerajui Speedy Tigers

Semua perhatian tertumpu kepada Sarjit Singh setelah nama beliau diumumkan sebagai ketua jurulatih pasukan hoki kebangsaan baharu oleh Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) pada 3 Mac 2024.

Beliau, seorang Olimpian negara, pertama kali mewakili Malaysia dalam pasukan remaja dan merupakan kapten pasukan pada kejohanan Piala Dunia Remaja 1982 yang berlangsung di Kuala Lumpur. Pada waktu itu, ketika pasukan kebangsaan baru mencari keserasian bermain di padang astroturf, mereka berjaya menduduki tempat keempat. Pasukan kita kurang bernasib baik apabila tewas 2–4 kepada Jerman Barat pada peringkat separuh akhir sebelum kalah teruk 0–10 kepada Pakistan dalam perlawanan tempat ketiga.

Sarjit telah bertanding di Sukan Olimpik sebanyak dua kali, Los Angeles 1984 dan Barcelona 1992. Memiliki lebih 200 kaps, Sarjit telah menjadi ketua pasukan Speedy Tigers dari tahun 1987 ke 1993. Semasa bersama skuad senior kebangsaan, beliau turut memenangi pingat gangsa di Sukan Asia Beijing 1990 dan naib johan Piala Sultan Azlan Shah 1985.

Ini bukanlah kali pertama Sarjit memikul tugas sebagai ketua jurulatih setelah pembubaran pasukan kebangsaan. Pada tahun 2007, semasa beliau menjadi jurulatih pasukan remaja, Sarjit telah dinaikkan pangkat untuk menerajui kejurulatihan skuad senior menggantikan Wallace Tan setelah persembahan yang mengecewakan di Sukan Asia Doha 2006.

Di bawah kendalian Sarjit, Malaysia menduduki tempat ketiga di Piala Asia 2007, yang merupakan persembahan terbaik mereka dalam kejohanan tersebut ketika itu. Pada tahun yang sama, pasukan Speedy Tigers turut menjadi naib johan Piala Sultan Azlan Shah dan memenangi pingat emas Sukan SEA di Khorat, Thailand.

Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada jurulatih Sarjit Singh yang akan menghadapi tugasan pertamanya di kejohanan Piala Sultan Azlan Shah pada bulan Mei nanti.

Foto menunjukkan pasukan Malaysia dan Jerman Barat pada perlawanan separuh akhir Hoki Piala Dunia Remaja 1982, di mana Sarjit SIngh (berdiri empat dari kanan) merupakan kapten pasukan.

.

SARJIT SINGH BACK TO LEAD THE SPEEDY TIGERS

All eyes are on Sarjit Singh as he returns to the helm as the national men’s hockey head coach as announced by the Malaysian Hockey Confederation (MHC) on March 3, 2024.

The national Olympian first represented Malaysia in the youth squad and was captain of the team at the 1982 Junior World Cup, which was held in Kuala Lumpur. While the national team back then was getting accustomed to playing on astroturf, they managed to place fourth in the competition. They were unfortunately defeated 2–4 by West Germany in the semi-finals before suffering a tremendous 10-0 loss to Pakistan in the third place match.

Sarjit has played at the Olympics twice, the 1984 Los Angeles and 1992 Barcelona Games. With over 200 caps under his belt, he captained the Speedy Tigers from 1987 to 1993. During his time with the senior squad, his accolades also include a bronze medal at the 1990 Asian Games and runner-up at the 1985 Sultan Azlan Shah Cup.

This is not the first time Sarjit has taken over after complete disbandment of the national hockey team. In 2007, while he was coach to the juniors, Sarjit was promoted to national head coach, replacing Wallace Tan following the team’s disappointing performance at the 2006 Asian Games.

With Sajit taking the lead, Malaysia placed 3rd at the 2007 Asia Cup, which was their best performance in that tournament at the time. In the same year, the Speedy Tigers were runners-up at the Sultan Azlan Shah Cup and won gold at the SEA Games.

We wish Coach Sarjit Singh all the best, with his first assignment being the Sultan Azlan Shah Cup coming up in May.

Photo shows Malaysia and West Germany in the semi-final match of the 1982 Hockey Junior World Cup, where Sarjit SIngh (standing fourth from right) was team captain.

Leave A Reply

Your email address will not be published.