Piala Asia 2023: KPG ‘bersilat’ demi Harimau Malaya

Hari Perlawanan: Malaysia v Jordan

Pencak silat banyak menekankan adab dan hormat dalam kesenian mempertahankan diri. Pergerakannya tertib dan kemas. Sentiasa cekap, pantas dan bersedia menerima serangan atau menerkam menyerang lawan. Ciri-ciri ini bagai bersemadi dalam kepeberibadian ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon. 

Menurut Datuk Hamidin Mohd Amin, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), seperti mana yang dijelaskan dalam program Bola Itu Life di Astro Arena yang disiarkan baru-baru ini, walaupun Kim Pan-gon ialah seorang yang tegas, beliau juga seorang yang berhemah dan beradab. Ini membuatkan beliau senang dihormati dan cepat menyesuaikan diri beliau dengan para pemain dan pihak pengurusan.

Dalam rancangan yang dihoskan oleh Keesh ‘Mat Stats’ dan Faiz Gurun, Datuk Hamidin turut berkata bahawa ketua jurulatih Malaysia yang berpengetahuan tinggi ini sangat teliti dalam kerjanya dan sanggup bekerja seharian suntuk bersama barisan teknikal untuk menganalisa dan mempersiapkan pemain. Antara kekuatan Kim Pan-gon ialah beliau pintar dalam mengkaji pihak lawan supaya beliau dapat mengatur strategi buat anak didik beliau. 

Semoga percaturan Kim Pan-gon berhasil membawa pasukan Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi dan meraih kemenangan dalam perlawanan pertama Harimau Malaya menentang Jordan malam ini.

Ayuh Harimau Malaya, tunjukkan belangmu! 

//

Match Day: Malaysia v Jordan

KPG “bersilat” for Harimau Malaya

Pencak silat emphasises etiquette and respect as a form of martial arts. The movement is always orderly and neat. Always efficient as you must be fast and ready to receive attacks or pounce on your opponents. These characteristics can be seen in the personality of Harimau Malaya’s head coach, Kim Pan-gon. 

According to Datuk Hamidin Mohd Amin, President of the Football Association of Malaysia (FAM), as said recently during the Bola Itu Life programme on Astro Arena, although Kim Pan-gon is a firm person, he is also prudent and well-mannered. This makes him respectable and thus he easily gets along with players and management. 

In the programme hosted by Keesh ‘Mat Stats’ and Faiz Gurun, Datuk Hamidin also mentioned that the knowledgeable Malaysian coach is very thorough in his work and puts in the hours with the technical team to analyse and prepare his players. One of Kim Pan-gon’s strengths is that he is smart is studying the opponent so he can organise strategies for his players. 

Hopefully Kim Pan-gon’s play will bring the Malaysian team to a higher level and for them to win their first match against Jordan tonight. 

Come on, Harimau Malaya, show your stripes! 

Leave A Reply

Your email address will not be published.