Saik Oik Cum – Gadis Terpantas Asia

Legasi Lagenda berjaya merakam foto bekas pelari 400m negara bersama majalah sukan yang mempamerkan wajah beliau pada muka hadapan.

“Wow! Saya pun tak ada gambar ni,” kata Oik Cum yang ternyata sangat teruja apabila melihat foto berusia 45 tahun itu.

Gambar tersebut diabadikan sewaktu Oik Cum memenangi acara 400m ketika mewakili Pulau Pinang di Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) di Stadium Kota Raja, Klang.

Setahun selepas itu, Oik Cum melakar sejarah di Sukan Asia Bangkok 1978. Gadis berumur 18 tahun itu mengejutkan ramai pengikut olahraga apabila beliau memenangi pingat emas dengan catatan 55.09s menewaskan Keiko Nagasawa dari Jepun (perak, 55.72s) dan Gao Yanqing dari China (gangsa, 56.23s).

Kami akan paparkan kisah Oik Cum pada masa akan datang.

Semoga kejayaan, keazaman dan dedikasi Saik Oik Cum menjadi inspirasi kepada atlet generasi baharu khususnya kepada mereka yang sedang bertanding di Sukan Asia Hangzhou 2022.

Saik Oik Cum – Asia’s Fastest Woman

Legasi Lagenda managed to capture a photo of a former national 400m runner holding up a sports magazine that featured their face on the front page.

“Wow! Even I don’t have this picture,” said Oik Cum who was very excited to see the 45-year-old photo.

The photo was immortalised when Oik Cum won the 400m event while representing Penang at the MSSM Athletics Championships held at Kota Raja Stadium, Kelang.

A year later, Oik Cum made history at the 1978 Bangkok Asian Games. The 18-year-old surprised many athletics fans when she won the gold medal with a time of 55.09s, defeating Japan’s Keiko Nagasawa (silver, 55.72s) and China’s Gao Yanqing (bronze, 56.23s).

We will feature the story of Oik Cum in the near future.

We hope that the achievements, determination and dedication of Saik Oik Cum become an inspiration to the new generation of athletes, especially to those currently competing at the 2022 #HangzhouAsianGames.

Leave A Reply

Your email address will not be published.