Selamat Hari Lahir, Wong Kuw Fou!

Legasi Lagenda ingin mengucapkan selamat hari kelahiran ke-72 kepada legenda bola sepak negara, Wong Kuw Fou, yang lahir pada 17 Ogos 1951. Kejayaan terbesar dalam karier bola sepak beliau pastinya memenangi pingat gangsa di Sukan Asia Teheran 1974. 

Pada tahun yang sama, Harimau Malaya muncul juara di Kejohanan Merdeka 1974 setelah menewaskan Korea Selatan 1-0 pada perlawanan akhir. Wong Kuw Fou juga berada dalam skuad Harimau Malaya di kedua-dua kelayakan Piala Asia dan Sukan Olimpik pada tahun 1976.  

Kini masih aktif dengan aktiviti sukan, Kuw Fou menggunakan masa lapang beliau untuk membantu mengembangkan bakat baharu di Melaka. Beliau giat mencurahkan ilmu dengan melatih anak-anak muda dalam klinik bola sepak. 

Beliau juga telah mendalami dunia olahraga untuk menjaga kesihatan dan kecergasan. Akhir tahun lalu, Kuw Fou menyertai Kejohanan Olahraga Masters Antarabangsa KL pertama, di mana beliau berjaya membawa pulang pingat emas dalam acara lontar peluru dan pingat gangsa bagi acara cakera dan lembing, semuanya dalam kategori umur 70-74 tahun.

Kami berharap segala pengorbanan dan komitmen Wong Kuw Fou yang telah berikan kepada dunia sukan terus menjadi inspirasi kepada generasi yang akan datang.

//

Happy birthday, Wong Kuw Fou!

Legasi Lagenda would like to wish a very happy 72nd birthday to national football legend, Wong Kuw Fou, who was born on August 17, 1951. The biggest success of his career was certainly winning the bronze medal at the 1974 Tehran Asian Games. 

In the same year, Harimau Malaya emerged as champions at the 1974 Merdeka Tournament after defeating South Korea 1-0 in the finals. Wong Kuw Fou was also part of the team at both the 1976 Asian Cup and Olympic Games qualifiers. 

Still active in sporting activities today, Kuw Fou spends his spare time helping to develop new talents in his hometown of Melaka, where shares his football knowledge by training younger kids.

He has also delved into the world of athletics to keep himself fit. Late last year, Kuw Fou participated in the 1st KL International Masters Athletics Championships, where he brought home a gold medal in shot put and bronze medals for the discus and javelin events, all in the 70-74 age category. 

We hope that Wong Kuw Fou’s sacrifices and commitment to sport become an inspiration for generations to come.

Leave A Reply

Your email address will not be published.