Selamat Hari Lahir, Ibrahim Mydin

Hari ini merupakan hari kelahiran yang ke-79 legenda bola sepak negara, Ibrahim Mydin @ Boss. Legasi Lagenda ingin mendoakan agar Allah SWT sentiasa merahmati dan memberi kesejahteraan kepada beliau.

Dua hari yang lalu, kami mendapat khabar daripada isteri beliau, Puan Masitah Jamaluddin, bahawa legenda era 60-an ini telah dimasukkan ke hospital setelah jatuh yang mengakibatkan kecederaan pada tulang leher beliau.

Marilah sama-sama kita doakan agar bekas kapten Harimau Malaya dan pemenang pingat gangsa di Sukan Asia 1962 cepat sembuh dan diberi perlindungan serta dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT.

//

Today is the 79th birthday of national football legend, Ibrahim Mydin @ Boss. Legasi Lagenda would like to pray that Allah SWT will always have mercy on him and give him prosperity.

Two days ago, we were informed by his wife, Puan Masitah Jamaluddin, that the 60’s legend was admitted to the hospital after sustaining an injury to his neckbone due to a fall.

Let’s all pray that the former captain of Harimau Malaya and bronze medalist of the 1962 Asian Games recovers quickly, and is given protection and ease in all matters by Allah SWT.

Leave A Reply

Your email address will not be published.