Harimau Malaya bertemu Korea Selatan dua tahun berturut-turut di separuh akhir Pestabola Merdeka

Dengan sepuluh hari lagi sebelum Pestabola Merdeka 1985, semua pasukan yang akan bertanding masih belum diumumkan secara rasmi. Pasukan yang dijadual untuk bertemu Malaysia dalam perlawanan pembukaan, Iraq, telah menarik diri secara tiba-tiba. Namun Persatuan Bola Sepak Malaysia terus berusaha untuk mendapatkan pasukan sebaiknya dari Eropah.

Akhirnya diumumkan bahawa pasukan Pilihan Swansea akan mengambil alih tempat Iraq untuk bertemu pasukan kebangsaan Malaysia, Ghana B-23, dan Indonesia B-23 dalam Kumpulan A. Manakala, Kumpulan B terdiri daripada Thailand, America-RJ (Brazil), Korea Selatan 88, dan Harimau Malaysia.

Penyerang legenda Mokhtar Dahari kembali ke padang selepas perlawanan terakhir beliau bersama pasukan kebangsaan untuk kejohanan Pra-Piala Dunia pada 19 Mei 1985. Beliau bermain sebagai ketua pasukan dan mentor untuk Harimau Malaysia, sebuah skuad pembangunan. Malangnya, mereka menduduki tempat terakhir dalam peringkat kumpulan.

Pasukan senior kebangsaan, Harimau Malaya pula bermula dengan langkah kanan dalam  perlawanan pembukaan menentang Swansea Selection. Colin Pascoe dari Swansea menjaringkan gol pertama pada minit ke-36 sebelum Malaysia berjaya menyamakan kedudukan sembilan minit kemudian menerusi Lim Teong Kim, yang turut menjaringkan gol pada minit ke-82. Zainal Abidin juga dapat menghasilkan gol untuk Malaysia pada minit ke-68. Malaysia menang 3–1.

Malaysia kemudian bertemu pasukan Indonesia B-23, di mana Lim Teong Kim menjaringkan gol pada minit ke-13 melalui sepakan penalti sebelum Indonesia menyamakan kedudukan pada minit ke-38. Pada perlawanan kumpulan terakhir, Malaysia bertemu Ghana B-23. Ia merupakan perlawanan penting bagi kedua-dua pasukan kerana pemenangnya akan mendapat mata yang mencukupi untuk layak ke peringkat separuh akhir. Penyerang hebat negara, Dollah Salleh berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-24.

Pada perlawanan separuh akhir, Malaysia berhadapan dengan  pasukan Korea Selatan 88. Skuad muda mereka yang dalam persediaan untuk Sukan Olimpik 1988 berjaya menewaskan pasukan Malaysia 3–0, dengan dua gol dari Chung Dong Book dan satu oleh Kim Jong Boo.

Ia melenyapkan segala harapan Malaysia untuk mara ke perlawanan akhir, yang tidak tercapai sejak 1980. Juara bertahan pasukan Korea Selatan pula terus memenangi Pestabola Merdeka 1985 dengan mengalahkan kelab America-RJ (Brazil) 7–4 setelah waktu tambahan (4–4 waktu penuh).

Walau bagaimanapun, 1986 menceritakan kisah yang berbeza bagi Harimau Malaya. Nantikan.

Skuad penuh Harimau Malaya: Ong Yu Tiang, Ahmad Sobri, Raimi Jalil, Ibrahim Saad, Kamaruddin Ahmad, Yassin Mohd Noor, Kamarulzaman Yusof, Tang Siew Seng,  K. Gunasegaran, Ismail Ibrahim, Lim Teong Kim, Serbegeth Singh, Nasir Yusof, Mat Zan Mat Aris, Khan Hung Meng, Dollah Salleh, Zainal Abidin Hassan, Fadzil Ismail, Zulkifli Hamzah, Hussein Jaafar

//

Harimau Malaya meets South Korea two years in a row at the Merdeka Tournament Semi-Finals

With 10 days to go, the official list of teams playing at the 1985 Merdeka Tournament was yet to be confirmed. Iraq, who were scheduled to meet Malaysia in the opening match, had withdrawn from the tournament. Nevertheless, the Football Association of Malaysia continued to make efforts to bring in another team, preferably from Europe.

It was then announced that a Swansea Selection team would take over Iraq’s place, joining the Malaysian national team, Ghana U-23 and Indonesia U-23 in Group A, while Thailand, America-RJ (Brazil), South Korea 88, and Malaysian Tigers were in Group B.

After his last match with the national team for the Pre-World Cup tournament on May 19, 1985, legendary striker Mokhtar Dahari returned to the field as team captain and mentor for the Malaysian Tigers squad, a developing youth team. The team unfortunately placed last in the group stage. 

As for Harimau Malaya, they were off to a good start after their opening match against Swansea Selection. Colin Pascoe from Swansea scored the first goal in the 36th minute, but Malaysia managed to equalise nine minutes later through Lim Teong Kim, who also scored in the 82nd minute. Zainal Abidin also scored a goal for Malaysia in the 68th minute. Malaysia won 3–1. 

Malaysia then met Indonesia U-23, where Lim Teong Kim scored in the 13th minute through a penalty before Indonesia drew in the 38th minute. For their last group stage match, Malaysia met Ghana U-23. It was a crucial match for both teams as the winner would garner enough points to qualify for the semi-finals. Fortunately for the national team, Dollah Salleh scored the sole goal in the 24th minute. 

Malaysia went up against the South Korea 88 team for the semi-finals. The developing Olympic squad defeated the Malaysian team 3–0, with two goals from Chung Dong Book and one by Kim Jong Boo. 

It squashed all hopes Malaysia had of the finals, where they have not reached since 1980. The South Korean team, as defending champions, went on to win the tournament after defeating Brazil’s America-RJ FC 7–4 after extra time (4-4 at full time).

However, it is a different story come 1986 for Harimau Malaya. Stay tuned.

Skuad penuh Harimau Malaya: Ong Yu Tiang, Ahmad Sobri, Raimi Jalil, Ibrahim Saad, Kamaruddin Ahmad, Yassin Mohd Noor, Kamarulzaman Yusof, Tang Siew Seng,  K. Gunasegaran, Ismail Ibrahim, Lim Teong Kim, Serbegeth Singh, Nasir Yusof, Mat Zan Mat Aris, Khan Hung Meng, Dollah Salleh, Zainal Abidin Hassan, Fadzil Ismail, Zulkifli Hamzah, Hussein Jaafar

Leave A Reply

Your email address will not be published.