Terima kasih kepada semua pengunjung Galeri Harimau Malaya!

Alhamdulillah. 

Legasi Lagenda telah berjaya mencapai beberapa objektifnya semasa mengadakan pameran Galeri Harimau Malaya (GHM) selama seminggu, 14-20 Jun 2023 di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu.

Sebahagian daripada arkib kami dipamerkan buat julung kalinya di Festival Harimau Malaya anjuran Fit Terengganu sempena dua Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1, Malaysia menentang Solomon Islands dan Papua New Guinea.

Golongan dewasa kelihatan bernostalgia dengan bahan pameran seperti jersi, pingat, foto dan memorabilia. Mereka sempat berkongsi pengalaman mereka dan kisah dan kenangan tentang pasukan bola sepak negara. 

Sementara itu, golongan muda dan kanak-kanak juga berpeluang mendekati diri dengan sejarah Harimau Malaya. Yang pastinya, pembelajaran sejarah dan penghargaan kepada legenda-legenda serta hasrat untuk memartabatkan khazanah bola sepak telah berjaya. 

Mereka bukan sahaja teruja malah golongan muda mendapat inspirasi untuk mencapai kejayaan seperti idola-idola yang baru mereka kenali. 

Ribuan pengunjung mahukan agar pameran ini diteruskan pada masa hadapan. Seperti kami, mereka juga berharap agar GHM akan bertapak di tempat yang tetap dalam waktu terdekat ini. 

Presiden FAM Datuk Haji Hamidin Mohd Amin bersama pengurusan tertinggi FAM turut datang melihat khazanah bola sepak negara. Pemain-pemain Harimau Malaya, Arif Aiman, Safawi Rasid, La’vere Corbin Ong dan Paulo Josue juga sempat meluangkan masa di GHM. Kami percaya pencapaian pasukan kebangsaan yang lalu memberi semangat untuk melonjakkan prestasi mereka.

Pemain import Terengganu FC, Mintah Jordan juga turut berada di GHM dan teruja dengan perjalanan sejarah Harimau Malaya. 

Legenda bola sepak negara daripada skuad yang layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980, Zulkifle Hamzah mendapat perhatian para peminat apabila beliau bertandang ke GHM. 

Legasi Lagenda ingin mengucapkan terima kasih kepada legenda-legenda bola sepak negara yang sentiasa memberi nasihat dan kata-kata semangat. Kami amat menghargai sokongan yang berterusan daripada anda semua.

Kami ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada FAM yang memberi peluang dan ruang  untuk Galeri Harimau Malaya berada di bumi Terengganu selama seminggu. Semoga kerjasama sebegini dapat diteruskan. 

Tidak dilupakan juga, ucapan terima kasih kepada pengamal media yang membuat liputan sepanjang Galeri Harimau Malaya berada di sana. 

Akhir sekali, terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pengunjung. Sokongan dan kata-kata semangat kalian menyemarakkan lagi gerakan dan usaha kami untuk merealisasikan Galeri Harimau Malaya dalam waktu terdekat.

“Legasi legenda dikenang, yang kini dijulang”

//

Alhamdulillah. 

Legasi Lagenda has managed to successfully achieve a few of our objectives when we held Galeri Harimau Malaya (GHM), a week-long exhibition from June 14-20 at Sultan Mizan Zainal Abidin Stadium, Gong Badak, Terengganu. 

We showcased a part of our archive for the first time at Festival Harimau Malaya, organised by @FitTerengganu, in conjunction with two Tier 1 International Friendly Matches, between Malaysia and Solomon Islands as well as Papua New Guinea. 

Adult visitors felt nostalgic while looking through our collection of jerseys, medals, photos and memorabilia. They shared with us their own experiences and memories of the national football team. 

Meanwhile, the younger generation had the opportunity to get closer to the history of Harimau Malaya. We have achieved the goal of learning and appreciating football legends and our national football treasures. They were not only excited, but are now inspired to achieve successes like their new-found idols. 

Our thousands of visitors hope this exhibition will continue. Like this, they hope that GHM will be established in a permanent home in the near future. 

FAM President Datuk Haji Hamidin Mohd Amin along with FAM’s top management also visited to see our country’s treasures. Harimau Malaya players, Arif Aiman, Safawi Rasid, La’vere Corbin-Ong and Paulo Josue also spent time at GHM. We hope that the national team’s past achievements can give them the motivation to further boost their performance. 

Terengganu FC import player Mintah Jordan dropped by GHM and was excited to learn about the historical journey of Harimau Malaya. 

Meanwhile, national football legend Zulkiflie Hamzah, who was in the team that qualified for the 1980 Moscow Olympic Games, received attention from fans when he visited our exhibition. 

Legasi Lagenda would like to thank the football legends who give us advice and encourage us to pursue our endeavours. We greatly appreciate your continuous support. 

We would like to thank @FAM for giving us the opportunity and space to have Galeri Harimau Malaya in Terengganu. We hope that this cooperation can continue. 

Last but not least, we would like to thank everyone who visited GHM. Your support and words of encouragement further fuels our efforts to establish Galeri Harimau Malaya in the near future. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.