#ArkibLegasiLagenda – Looi Loon Teik & Wong Choon Wah

Foto dalam simpanan kami memperlihatkan dua Olimpian daripada skuad Harimau Malaya. Mereka nampak kemas, tampan dan bergaya di acara pembukaan temasya Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman Barat (ketika itu). Mereka tampil dengan berpakaian ‘suit’, kemeja dan bertali leher serta songkok hitam.

Sebelah kanan ialah Wong Choon Wah. Beliau adalah antara pemain tengah terbaik yang pernah Malaysia lahirkan. Maestro ini seorang yang berkaliber mengawal bola dan pintar membuat hantaran-hantaran tepat kepada rakan.

Manakala sebelah beliau ialah pemain tinggi lampai (berketinggian 5 kaki 11 inci) Looi Loon Teik. Pemain sayap kiri yang membuat kemunculan semula setelah bersara daripada dunia bola sepak selama enam tahun kerana penyakit yang dihadapinya.

Jaket yang dipakai oleh skuad Harimau Malaya di Sukan Olimpik seperti yang dalam foto juga berada dalam arkib kami. Khazanah sukan yang tersimpan rapi akan dipamerkan buat tatapan semua pada satu hari nanti. Semoga sejarah bola sepak negara tetap segar dalam ingatan dan segala pengorbanan dan kejayaan legenda sukan menjadi inspirasi bagi melonjakkan pencapaian wira-wira generasi baharu.

Nantikan paparan seterusnya tentang perjalanan mereka dalam arena bola sepak negara.

//

#ArkibLegasiLagenda – Looi Loon Teik & Wong Choon Wah

The photo taken from our archive shows two Harimau Malaya Olympians. They looked neat, handsome and stylish at the 1972 Olympic Games opening ceremony held in Munich, West Germany (then). They were dressed in suits, completed with ties and black songkok for the occasion.

On the right is Wong Choon Wah, one of the greatest midfielders Malaysia has ever produced. The maestro had the calibre in controlling the ball and was clever in making accurate passes to his teammates.

Next to him, at 5’11, is the very tall Looi Loon Teik. The left-winger was making a comeback after a six-year break from football due to illness.

The jacket won by the Harimau Malaya squad at the 1972 Olympics as shown in the photo also resides in our archive. Our national sporting treasures will be displayed one day for all to see. We strive to ensure that the history of Malaysian football remains fresh in the peoples’ memory, hoping that all their successes and sacrifices become an inspiration to boost a new generation of sporting heroes.

Stay tuned for more of their story in the national football arena.

Leave A Reply

Your email address will not be published.