Selamat Hari Lahir, Dato’ M. Karathu

SELAMAT HARI LAHIR, DATO’ M. KARATHU 🎊

Legasi Lagenda mengucapkan selamat hari lahir ke-80 kepada legenda bola sepak negara, Dato’ M. Karathu!

Lahir di Perak, Dato’ M. Karathu mewakili negeri beliau pada tahun 1960-an. Beliau mula bermain untuk Malaysia buat pertama kali dalam pasukan belia di Kejohanan Belia AFC 1964 dan kemudian diserapkan ke dalam pasukan senior untuk Pestabola Merdeka pada tahun yang sama.

Dato’ M. Karathu telah menjuarai Piala Malaysia sebanyak dua kali dengan Perak FA. Kemenangan edisi 1967 merupakan kemenangan pertama bagi mereka sejak 1957. Mereka merupakan pasukan untuk menjulang Piala Malaysia yang pertama (setelah ditukar daripada Piala Malaya).

Pada perlawanan akhir menentang Singapura, Dato’ M. Karathu menjaringkan gol pertama yang tentunya menanamkan keyakinan kepada pasukan beliau. Perak menang 2–1. Kemenangan kedua dicapai pada tahun 1970, di mana Dato’ M. Karathu ialah kapten skuad. Perak berjaya menewaskan Kelantan 2-0 pada perlawanan akhir.

Pada tahun yang sama, Karathu terpaksa bersara akibat kecederaan lutut yang dialami semasa Pestabola Merdeka 1967. Namun, beliau tidak bersedia untuk meninggalkan dunia bola sepak. Oleh itu, Dato’ M. Karathu mula menceburi bidang kejurulatihan. Bakat semula jadi beliau terserlah setelah berjaya membawa pasukan belia Perak menjuarai Piala Burnley 1971.

Beliau seterusnya menjadi jurulatih untuk beberapa pasukan termasuk Perak FA, Kelantan FA, Negeri Sembilan FA, dan Malaysia B serta pasukan luar negara seperti Sri Lanka dan Woodlands Wellington FC dari Singapura. Dato’ M. Karathu kembali melatih Perak buat kali terakhir pada akhir tahun 2014 hingga 2015. Kejayaan terbesar sebagai jurulatih pasukan lama beliau adalah apabila mereka menjuarai Piala FA yang sulung pada 1990.

Kami sangat menghargai segala jasa beliau dalam dunia bola sepak Malaysia. Semoga Dato’ M. Karathu kekal berada dalam keadaan sihat dan terus menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#MuziumSukanMalaysia
#MuziumHarimauMalaya
#harimaumalaya

//

Legasi Lagenda wishes Dato’ M. Karathu a very happy 80th birthday!

Born in Perak, Dato M. Karathu represented the state in the 1960s. He began playing for Malaysia firstly in the youth team at the 1964 AFC Youth Championship and was later included in the senior team for the Merdeka Tournament.

Dato’ M. Karathu has won the Malaysia Cup twice with Perak. Their win in 1967 was Perak’s first since 1957. During the final match against Singapore, Karathu scored the first goal and instilled confidence in the team. Perak won 2–1. Their second win was in 1970, where Karathu was team captain. Perak defeated Kelantan 2–0 in the finals.

In the same year, Karathu retired from playing due to a knee injury sustained at the 1967 Merdeka Tournament. Not ready to leave the football world, Karathu moved into coaching. His natural talent showed after he successfully led the Perak youth team to win the 1971 Burnley Cup.

He went on to coaching many teams including Perak FA, Kelantan FA, Negeri Sembilan FA, Malaysia B and foreign teams such as Sri Lanka and Woodlands Wellington FC from Singapore. Karathu coached Perak one last time from late 2014 to 2015. His biggest coaching success with his old team was winning the inaugural FA Cup in 1990.

We appreciate all that he has given towards Malaysian football. We hope that Dato’ M. Karathu continues to remain in good health and be an inspiration for generations to come.

Leave A Reply

Your email address will not be published.