Harimau Malaya v All Whites (New Zealand) – 19 & 23 Feb 2006

Pada tahun 2006, Harimau Malaya menuju ke New Zealand untuk dua perlawanan persahabatan bersama pasukan kebangsaan mereka. Mengimbas kembali sejarah bola sepak Malaysia dan New Zealand, pasukan kebangsaan hanya menang sekali sejak 1999 apabila menentang pasukan All Whites.

Perlawanan pertama pada 19 Februari diadakan di Christchurch. Walaupun Malaysia datang bersedia, mereka kehilangan beberapa pemain utama akibat kecederaan termasuk Indra Putra Mahayuddin, Akmal Rizal, Hairuddin Omar, Kaironissam Sahabuddin dan Shukor Adan. Namun, perlawanan ini merupakan penampilan antarabangsa sulung bagi muka baharu seperti Safee Sali, Rudie Ramli dan Azi Shahril Azmi. 

New Zealand mendominasi sepanjang perlawanan. Setelah mencuba 20 kali untuk menghasilkan gol, New Zealand akhirnya menjaringkan gol tunggal pada minit ke-87 dan menang 1–0. 

Malaysia bertemu New Zealand sekali lagi pada 23 Februari di Auckland. Tentunya mereka mahu membuktikan bahawa mereka layak untuk membawa pulang kemenangan juga. 

Gol pembukaan dijaringkan oleh Campbell Brooks dari New Zealand pada minit ke-18 setelah gerakan lincah beliau memperdayakan penjaga gol Malaysia, Mohd Syamsuri Mustafa. Walau bagaimanapun, Malaysia dapat bertindak balas dengan Safee Sali yang menjaringkan gol antarabangsa pertama beliau pada minit ke-24 melepasi penjaga gol New Zealand, Glen Moss. 

Setelah kedua-dua pasukan terikat 1–1, New Zealand berjaya memperoleh satu lagi gol tiga minit sebelum tamat perlawanan. Walaupun Malaysia menunjukkan prestasi yang lebih baik pada babak kedua, kemenangan berpihak kepada New Zealand sekali lagi.

Skuad Malaysia: Norhafiz Zamani Misbah, Chan Wing Hoong, Mohd Syamsuri Mustafa, K. Nanthakumar, Mohd Amri Yahyah, Mohd Fadzli Saari, V. Thirumurugan, Ronny Harun, R. Surendran, Mohd Hardi Jaafar, Zairo Anuar Zalani, Ahmad Azlan Zainal, Azi Shahril Azmi, Rudie Ramli, Mohd Safee Sali

Jurulatih: Norizan Bakar

(Kredit foto asal: Arena Bolasepak)

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#MuziumSukanMalaysia
#MuziumHarimauMalaya
#harimaumalaya

//

In 2006, Harimau Malaya headed to New Zealand for a couple of friendly matches against their national team. Looking back at Malaysia’s history with New Zealand, the national team has only won once against the All Whites since 1999. 

The first match on February 19 was played in Christchurch. Although Malaysia came prepared, they were missing key players including Indra Putra Mahayuddin, Akmal Rizal, Hairuddin Omar, Kaironissam Sahabuddin dan Shukor Adan, all due to injury. As such, it was a debut for a few national players including Safee Sali, Rudie Ramli and Azi Shahril Azmi. 

New Zealand’s dominance showed throughout the match, leading them to 20 goal attempts before finally landing one into the net in the 87th minute. New Zealand won 1–0. 

Malaysia met New Zealand again in Auckland on February 23, ready to prove themselves worthy of a win. 

Campbell Brooks from New Zealand scored the opening goal in the 18th minute, eluding Malaysian goalkeeper Mohd Syamsuri Mustafa. However, Malaysia retaliated with Safee Sali scoring his first international goal in the 24th minute, blasting the ball past New Zealand goalkeeper Glen Moss. 

After both teams were tied at 1–1, New Zealand managed to secure another goal with three minutes to spare. While Malaysia put on a better fight in the second match, victory went to New Zealand once again. 

Malaysian squad: Norhafiz Zamani Misbah, Chan Wing Hoong, Mohd Syamsuri Mustafa, K. Nanthakumar, Mohd Amri Yahyah, Mohd Fadzli Saari, V. Thirumurugan, Ronny Harun, R. Surendran, Mohd Hardi Jaafar, Zairo Anuar Zalani, Ahmad Azlan Zainal, Azi Shahril Azmi, Rudie Ramli, Mohd Safee Sali

Coach: Norizan Bakar

(Original photo credit: Arena Bolasepak)

Leave A Reply

Your email address will not be published.