Selamat Tahun Baharu 2023!

Legasi Lagenda ingin mengucapkan selamat tahun baharu kepada semua rakyat Malaysia! Terima kasih atas sokongan anda sepanjang tahun ini. Sehubungan dengan itu, kami ingin mengimbas kembali kejayaan yang dicapai oleh atlet Malaysia.

Awal tahun ini, pasukan badminton lelaki Malaysia memenangi pingat emas di Kejohanan Badminton Asia 2022, manakala pasukan wanita merangkul gangsa untuk layak ke Piala Thomas & Uber. Pasukan Malaysia kemudian berjaya mara ke peringkat suku akhir Piala Thomas. 

Di Kejohanan Badminton Asia, Malaysia memenangi emas dalam acara Perseorangan Lelaki dengan kejayaan Lee Zii Jia, dan dua lagi pingat dalam Beregu Lelaki. Aaron Chia – Soh Wooi Yik memenangi pingat perak manakala Goh Sze Fei – Nur Izzuddin meraih gangsa. 

Gandingan Chia-Soh juga merupakan pemain Malaysia pertama untuk dinobatkan Juara Dunia selepas menduduki tempat pertama di Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo. 

Pada bulan Mei, Sukan SEA 2021 diadakan setelah tertangguh beberapa bulan akibat COVID-19. Kontinjen Malaysia yang terdiri daripada 584 atlet meraih sejumlah 174 pingat: 39 emas, 45 perak dan 90 gangsa.

Pemenang pingat emas Sukan SEA, Nur Dhabitah Sabri dan Pandelela Rinong Pamg, seterusnya ke Kejohanan Akuatik Dunia 2022 di mana mereka memungut pingat gangsa dalam acara terjun seirama 10m wanita. Pandelela turut memenangi gangsa dalam acara individu platform 10m.

73 atlet mewakili Malaysia di Sukan Para ASEAN 2022 dan berjaya membawa pulang 69 pingat: 36 emas, 20 perak, dan 13 gangsa. Mohd Yusshazwan Yusuf & Abu Samah Borhan mencipta sejarah apabila mereka memenangi pingat emas pertama Malaysia dalam acara Beregu Lelaki Tenis Kerusi Roda. 

Pada Sukan Komanwel 2022 pula, Malaysia merangkul 7 pingat emas, 8 perak dan 8 gangsa. Ng Joe Ee, yang berumur 16 tahun, memungut dua pingat emas dalam acara-acara gimnastik berirama bola dan reben. Beliau merupakan gimnas Malaysia pertama untuk memenangi dua pingat dalam temasya Komanwel yang sama. 

Tahun 2022 merupakan tahun yang bersejarah bagi Harimau Malaya. Pasukan bola sepak kebangsaan layak ke Piala Asia 2023 buat kali pertama secara merit sejak 1980. Harimau Malaya kini bermain di Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 pada peringkat kumpulan. Mereka akan memulakan tahun 2023 menentang Singapura di Stadium Nasional dengan peluang untuk mara ke peringkat separuh akhir. 

Juga pada bulan Januari ialah Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia 2023 (Badminton) serta Piala Dunia Hoki FIH Lelaki, di mana Malaysia telah layak setelah muncul naib juara Piala Asia Lelaki 2022. 

Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada semua atlet Malaysia untuk tahun hadapan! 

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#MuziumSukanMalaysia
#muziumharimaumalaya
#harimaumalaya

Legasi Lagenda would like to wish a happy new year to all Malaysians! Thank you for your support throughout 2022. As such, we would like to look back on some of the highlights and achievements by Malaysian athletes this year.

Early this year, the Malaysian badminton men’s team secured the gold medal at the 2022 Badminton Asia Championships while the women’s team won bronze to qualify for the Thomas & Uber Cup. Malaysia then managed to reach the quarterfinals of the Thomas Cup. 

At the Badminton Asia Championships, Malaysia won gold in Men’s Singles through Lee Zii Jia, and two more medals in Men’s Doubles. Aaron Chia & Soh Wooi Yik won silver while Goh Sze Fei & Nur Izzuddin claimed bronze.

The Chia-Soh pairing were also the first Malaysian shuttlers to be crowned world champions after winning gold at the World Badminton Championships in Tokyo. 

The 2021 SEA Games were held in May after a few months’ delay due to COVID-19. Malaysia’s contingent of 584 athletes claimed a total of 174 medals: 39 gold, 45 silver, and 90 bronze. 

SEA Games gold medalists Nur Dhabitah Sabri and Panelela Rinong Pamg were off to the 2022 World Aquatics Championships next where they won bronze in Women’s 10m synchronised event. Pandelela also won bronze in Women’s 10m platform. 

73 athletes represented Malaysia at the 2022 ASEAN Para Games and brought home 69 medals in total: 36 gold, 20 silver and 13 bronze. Mohd Yusshazwan Yusuf & Abu Samah Borhan made history by winning Malaysia’s first gold medal in Men’s Doubles Wheelchair Tennis.

At the 2022 Commonwealth Games, Malaysia won 7 gold medals, 8 silver and 8 bronze. 16-year old Ng Joe Ee won two gold medals after her performance in the rhythmic gymnastics ball and ribbon finals, being the first ever Malaysian gymnast to win two at the same Games. 

It was a big year for Harimau Malaya as they qualified for the 2023 Asian Cup for the first time on merit since 1980. The team is currently in the group stage of the 2022 AFF Mitsubishi Electric Cup. They will kick off the year facing Singapore at the National Stadium, with an opportunity to advance to the semi-finals. 

Also in January 2023 is the Petronas Malaysia Open (Badminton) as well as the Men’s FIH Hockey World Cup, which Malaysia qualified for after emerging as runners-up at the 2022 Men’s Asia Cup. 

We wish all Malaysian athletes another successful year ahead! 

Leave A Reply

Your email address will not be published.