Salam takziah, Mohd Salahuddin Che Rose

MOHD SALAHUDDIN CHE ROSE (1969–2022)

Legasi Lagenda ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Salahuddin Che Rose yang telah meninggal dunia pada hari ini.

Allahyarham merupakan antara pemain terpilih untuk menganggotai skuad ‘Barcelona Babes’ yang dibentuk khas untuk kelayakan Sukan Olimpik Barcelona 1992.

Pada peringkat negeri, Allahyarham telah bermain persama pasukan Pahang dan Pulau Pinang. Semasa bersama Pahang, Salahuddin berjaya membantu pasukannya menjuarai Piala Malaysia 1992 setelah mengalahkan Kedah 1–0 pada perlawanan akhir.

Sumbangan dan pengorbanan Salahuddin Che Rose akan sentiasa dikenang.

Kami doakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama orang yang beriman.

//

Legasi Lagenda wishes to extend our sincere condolences to the family of Allahyarham Salahuddin Che Rose who passed away earlier today.

Allahyarham was one of the players selected to join the ‘Barcelona Babes’ squad, which was specially formed with the intentions to qualify for the 1992 Barcelona Olympic Games.

Allahyarham also represented Pahang and Penang teams during his football career. While with the Pahang state team, Salahuddin helped his team win the 1992 Malaysia Cup after defeating Kedah 1-0 in the final match.

His contributions and sacrifices will always be remembered.

We pray that the soul of Allahyarham be showered with the blessings of Allah SWT and that he be placed with the faithful.

Leave A Reply

Your email address will not be published.