Selamat Hari Lahir, Datuk Marina Chin!

Legasi Lagenda mengucapkan selamat hari lahir kepada Ratu Trek negara, Datuk Marina Chin!

Sudah lebih 40 tahun sejak Marina melakar kehebatan atas trek padang dan memungut pingat sepantas larian beliau. 

Perlumbaan pertama Marina sewaktu beliau berumur 16 tahun pada tahun 1971, di mana beliau memenangi kedua-dua acara larian 100m dan 200m di Kejohanan Olahraga Zon Sekolah. Kejayaan ini menarik perhatian Persatuan Olahraga Malaysia dan tidak lama kemudian Marina membuat penampilan sulung di Sukan SEA 1971 dan membawa pulang pingat emas dalam acara 4x400m (bersama…)

Marina kemudian memenangi lima lagi pingat emas di Sukan SEA dan memecahkan rekod kejohanan dua kali dalam acara 100m lari berpagar. Beliau turut meraih kejayaan di Kejohanan Olahraga Asia termasuk pingat emas terakhir beliau pada edisi 1981 dalam acara 4x40mm. Dengan kejayaan beliau semakin meningkat, Marina pernah dinobatkan sebagai Olahragawati Terbaik di Anugerah Sukan Negara dua tahun berturut-turut pada 1976 dan 1977. 

Setelah beliau bersara daripada olahraga, Marina yang sudah bekerja sebagai seorang guru, terus menyumbang jasa dalam bidang sukan, seperti aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh Kementerian Pendidikan dan Majlis Sukan Negara. 

Pada tahun 2017, diberi penghormatan sebagai chef-de-mission Malaysia di Sukan SEA Kuala Lumpur. Ia merupakan sebuah penghormatan yang besar bagi Marina sebagai bintang trek untuk pulang ke padang. Pada masa itu, beliau memang teruja untuk kembali ke Sukan SEA dan fokus kepada bakat baharu.

Semoga pencapaian dan kejayaan Datuk Marina Chin serta ketabahan beliau sentiasa dikenang oleh generasi akan datang.

(Kredit foto asal: Dunia Sukan)

//

Legasi Lagenda wishes a happy birthday to legendary sprint queen, Datuk Marina Chin! 

It is now over 40 years since Marina blazed a trail and secured medals as fast as her speed on the track. 

Her first race came when she was 16 years old in 1971, where she won both the 100m and 200m events at the School Zone Athletics Championships. It caught the attention of the Malaysian Athletics Association and soon enough, she made her debut at the 1971 SEA Games and brought home a gold medal in 4x400m relay. 

Marina would claim five more gold medals at the SEA Games and break the championship record twice in 100m hurdles. She has also won at the Asian Athletics Championships, including her final gold medal at the 1981 edition in the 4x400m relay event. As her success grew, she was named Sportswoman of the Year two years in a row in 1976 and 1977. 

A teacher by profession, Marina contributed her services to sport activities held by the Ministry of Education and the National Sports Council after she retired from the field. 

In 2017, Marina was given the honour of being Malaysia’s chef-de-mission at the KL SEA Games, which encapsulated her full circle experience as a track and field star. She was thrilled to be back at the Games to focus on new talents.

We hope that Marina Chin’s achievements as well as her perseverance will be remembered by generations to come. 

(Photos originally from Dunia Sukan)

Leave A Reply

Your email address will not be published.