Salam Takziah, Dato’ Ng Boon Bee

SALAM TAKZIAH, DATO’ NG BOON BEE
17 Disember 1937 – 3 Ogos 2022

Legasi Lagenda mengucapkan salam takziah kepada keluarga mendiang, legenda badminton negara, Dato’ Ng Boon Bee yang telah menghembuskan nafas terakhir beliau pada hari semalam, 3 Ogos 2022.

Sejak kecil lagi, Dato’ Ng Boon Bee memang cemerlang dalam pelbagai bidang sukan yang beliau menceburi, bukan sahaja badminton.

Dari 1958 hingga 1960, beliau bermain bersama pasukan bola sepak kebangsaan Malaya. Pada masa itu, Malaya menjuarai Piala Merdeka tiga tahun berturut-turut (mereka johan bersama pasukan Korea Selatan pada tahun 1960).

Ng Boon Bee kemudian fokus untuk mengasah bakat di dalam gelanggang badminton, dan menjadi seorang pemain beregu yang begitu hebat. Bersama Tan Yee Khan, mereka muncul sebagai juara di kejohanan antarabangsa, Kejohanan Seluruh England 1965. Mereka juga berada dalam pasukan Malaya yang menjuarai Piala Thomas 1967 dan telah memenangi pingat emas di Sukan Asia (1962, 1966).

Pada zaman 1970-an, Ng Boon Bee membentuk pasangan beregu yang kuat dengan Punch Gunalan. Kejayaan mereka termasuk memenangi pingat emas di Sukan Asia dan Sukan Komanwel (1970). Ng Boon Bee dan Punch Gunalan juga berjaya ke Sukan Olimpik Munich 1972, di mana badminton diperkenalkan sebagai sukan demonstrasi dan mereka membawa pulang pingat perak.

Kami harap segala pengorbanan dan sumbangan Ng Boon Bee kepada sukan negara tidak akan dilupakan. Pencapaian beliau dalam pelbagai bidang harus menjadi inspirasi kepada generasi yang akan datang.

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#MuziumSukanMalaysia
#muziumharimaumalaya

//

Legasi Lagenda wishes to extend our sincerest condolences to the family of the late legendary badminton player, Dato’ Ng Boon Bee, who passed away yesterday afternoon on August 3, 2022.

From a young age, Dato’ Ng Boon Bee excelled in many sports and not only badminton.

From 1958 to 1960, he played with the Malayan national football team. Malaya won the Merdeka Tournament three years consecutively during that time (they were joined champions with South Korea in 1960).

Ng Boon Bee then focused on sharpening his talent on the badminton court. He was a force as a doubles player. With his partner Tan Yee Khan, they emerged as champions at their first international tournament, the 1965 All-England Championships. They were in the winning team at the 1967 Thomas Cup and were victorious at the Asian Games (1962, 1966).

In the 1970’s, Ng Boon Bee formed another formidable partnership with Punch Gunalan and continued his successful career. Their highlights include winning gold at the Asian Games and Commonwealth Games (1970). Ng Boon Bee and Punch Gunalan also made it to the 1972 Munich Olympic Games, where badminton was introduced as a demonstration sport and they brought home the silver medal.

We hope that Ng Boon Bee’s sacrifices and contributions to the Malaysian sport will never be forgotten. His achievements in different avenues should be an inspiration for generations to come.

Leave A Reply

Your email address will not be published.