Tahukah anda? Kemenangan terbesar Malaysia di Pestabola Merdeka

Pasukan kebangsaan mencatat kemenangan terbesar mereka di Pestabola Merdeka edisi ke-4, yang diadakan pada tahun 1960. Pada perlawanan kedua peringkat kumpulan, pasukan Malaya berjaya mengalahkan Thailand 8 – 2.

Thailand, yang baru sahaja menewaskan Malaya di Sukan SEAP 1959 pada bulan Disember, menjaringkan gol pertama mereka pada minit ke-13. Seminit kemudian, Abdul Ghani Minhat menjaringkan gol pembukaan Malaya dan diikuti dengan satu lagi gol pada minit ke-24. Beliau mencapai hatrik dengan jaringan pada minit ke-50.

Stanley Gabrielle pula menjaringkan dua gol untuk Malaya pada minit ke-37 dan ke-68, begitu juga dengan Robert Choe pada minit ke-49 dan ke-59. Arthur Koh berjaya mendapatkan satu gol pada minit ke-66. Thailand berjaya membalas dengan gol kedua mereka 5 minit sebelum wisel penamat dibunyikan tetapi ternyata bahawa ia sudah terlambat untuk kembali mengejar Malaya. 

Dalam perlawanan Kumpulan B, Malaya turut menewaskan Jepun (3-0) dan Pakistan (1-0) untuk menduduki tempat pertama. Malaya seterusnya bertemu Korea Selatan dalam perlawanan akhir. Selepas 80 minit perlawanan tanpa jaringan dan 10 minit masa tambahan masih gagal menyaksikan sebarang gol, kedua-dua pasukan berkongsikan trofi sebagai johan bersama.

Skuad Malaya 1960: Edwin Dutton, Sexton Lourdes, Teh Cheng Lee, Ng Mun Kai, Ahmad Nazari, Mok Wai Hong, Wong Kim Seng, Abdullah Noordin, Yee Seng Choy, Noordin Jantan, Abdul Ghani Minhat, Stanley Gabrielle, Arthur Koh, Ng Boon Bee, M. Joseph, M. Govindarajoo, Robert Choe, M. Gunasegaran, Pang Siang Teik

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#MuziumSukanMalaysia
#muziumharimaumalaya

//

Did you know? 
Malaysia’s biggest victory at the Merdeka Tournament 

The national team’s biggest victory was recorded at the 4th edition of the Merdeka Tournament, held in 1960. In the second match of the group stage, Malaya defeated Thailand 8 – 2. 

Thailand, who defeated Malaya at the 1959 SEAP Games in December, scored the first goal in the 13th minute. A minute later, Abdul Ghani Minhat made Malaya’s opening goal and followed it with another in the 24th minute. His hat-trick was completed with a goal in the 50th minute. 

Stanley Gabrielle gave Malaya two goals in the 37th and 68th minute, and so did Robert Choe in the 49th and 59th minute. Arthur Koh managed a winner in the 66th minute. Thailand closed out the game with their second goal 5 minutes before the final whistle blew but it was evidently too late for them to catch up. 

In Group B, Malaya also defeated Japan (3-0) and Pakistan (1-0) to place first. They met South Korea in the final match. After 80 minutes of a scoreless match and 10 minutes of extra time, it was decided that both teams would share the trophy as joint champions. 

1960 Malaya Squad:
Edwin Dutton, Sexton Lourdes, Teh Cheng Lee, Ng Mun Kai, Ahmad Nazari, Mok Wai Hong, Wong Kim Seng, Abdullah Noordin, Yee Seng Choy, Noordin Jantan, Abdul Ghani Minhat, Stanley Gabrielle, Arthur Koh, Ng Boon Bee, M. Joseph, M. Govindarajoo, Robert Choe, M. Gunasegaran, Pang Siang Teik

Leave A Reply

Your email address will not be published.