Selamat Hari Lahir, Rashid Sidek!

Legasi Lagenda ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada Datuk Rashid Sidek, yang dilahirkan pada 8 Julai 1968.

Anak bongsu daripada adik-beradik Sidek, Rashid telah mencipta nama untuk diri sendiri menerusi kerjaya badminton yang gemilang. Setelah tamat sekolah menengah pada tahun 1986, beliau terus menceburi dunia badminton, mengikut jejak langkah abang-abangnya.

Rashid berjaya menjuarai Kejohanan Terbuka Malaysia dalam acara perseorangan lelaki selama tiga tahun berturut-turut dari 1990-92 dan telah merangkul kejuaraan antarabangsa termasuk Sukan SEA, Piala Asia, dan Sukan Komanwel.

Antara pencapaian-pencapaian yang beliau perolehi, Rashid membantu Malaysia memenangi Piala Thomas 1992 – kejuaraan pertama bagi Malaysia dalam tempoh 25 tahun. Malaysia menewaskan Indonesia 3–2 dalam pusingan akhir. Rashid memenangi mata pertama Malaysia dalam pertarungan sengit menentang pemain No. 2 dunia, Ardy Wiranata. Beliau menewaskan Ardy 15-11, 10-15, 15-4.

Pada tahun 1996, Rashid membanggakan negara dengan memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Atlanta dan selepas itu berjaya mendaki ke persada ranking dunia.

Tidak lama kemudian, Rashid membuat keputusan untuk memberi laluan kepada pemain baharu. Walaupun masih berupaya beraksi sebagai seorang pemain, beliau terjun ke bidang kejurulatihan untuk memperkuatkan generasi muda badminton Malaysia.

Rashid mula melatih di Kelab Badminton Nusa Mahsuri yang diasaskan oleh bapanya, Allahyarham Dato’ Muhd ​​Sidek, sebelum BAM melantik beliau sebagai salah seorang jurulatih kebangsaan dari 2003 hingga 2015. Nusa Mahsuri, kelab badminton pertama yang ditubuhkan di Malaysia, kini diterajui oleh adik-beradik Sidek. 

Pencapaian Rashid baru-baru ini termasuklah menjadi jurulatih para-badminton kepada Cheah Liek Hou, yang mencapai kecemerlangan di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dan menjadi pemain pertama untuk memenangi pingat emas para-badminton.

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#MuziumSukanMalaysia
#muziumharimaumalaya

//

Legasi Lagenda wishes Datuk Rashid Sidek a happy birthday, who was born on July 8, 1968.

The youngest of the Sidek brothers, Rashid has made a name for himself through his illustrious badminton career. After completing secondary school in 1986, he was thrusted into the world of badminton, following in his brothers’ footsteps.

Rashid won the Malaysian Open Men’s Singles title for three years consecutively from 1990-92 and claimed many international titles including the SEA Games, Asian Cup, and Commonwealth Games. 

Among many of his achievements garnered over the years, Rashid helped Malaysia win the 1992 Thomas Cup – their first in 25 years. Malaysia defeated Indonesia 3–2 in the final round. Rashid won Malaysia’s first point in a grueling battle against world No. 2, Ardy Wiranata, defeating him 15-11, 10-15, 15-4. 

In 1996, he made the nation proud when he won the bronze medal at the Atlanta Olympic Games and shortly climbed his way to the top of the world ranking. 

Rashid then decided to make way for new players to shine. Although he could have had many more years under his belt, Rashid delved into the coaching field to strengthen the next generation of Malaysian badminton. 

Founded by his father, the late Dato’ Muhd Sidek, Rashid began coaching for the Nusa Mahsuri Badminton Club before BAM appointed him as national coach from 2003 to 2015. Nusa Mahsuri, the first badminton club established in Malaysia, is currently spearheaded by the Sidek brothers.

Rashid’s recent achievements include coaching para-badminton player Cheah Liek Hou to victory at the 2020 Tokyo Paralympic Games, who became the first to win a para-badminton gold medal.  

Leave A Reply

Your email address will not be published.