Khan Hung Meng – Penolong Jurulatih Skuad B-23

Anak kelahiran Pulau Pinang, Khan Hung Meng berhijrah ke selatan pada tahun 1981 untuk menyertai pasukan Wilayah Persekutuan sebelum beliau bermain dengan pasukan Selangor selama 11 tahun. Beliau meraih pelbagai kemenangan bersama Selangor, termasuk menjuarai Piala Malaysia empat kali – 1981, 1982, 1984 dan 1986. 

1984 merupakan tahun kecemerlangan bagi Selangor. Mereka menggondol Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih yang pertama, serta menjuarai Liga Malaysia. 

Pada perlawanan akhir Piala Malaysia 1984, pasukan Selangor berhadapan dengan juara bertahan Pahang. Pada tahun itu, Pahang diperkuatkan dengan pemenang Kasut Emas 1984 Yunus Alif dan pemenang Kasut Perak Zainal Abidin Hassan. R. Suriamurthy menjaringkan gol pertama buat Pahang setelah 77 minit berlangsung tanpa sebarang jaringan. 

Hampir ke penghujung perlawanan, peluang Selangor untuk merampas kemenangan dari Pahang kelihatan tipis. Namun, semangat perjuangan mereka mengejut penonton dalam tempoh lima minit terakhir.

Azhar Shariff muncul untuk menyamakan Pahang pada minit ke-86. Pada minit ke-89 dan ke-90, Hung Meng mencuri tumpuan dengan menjaringkan dua gol menewaskan penjaga gol Pahang, Ong Yu Tiang. Selangor muncul juara dengan keputusan 3-1 dan Hung Meng dinobatkan sebagai Pemain Terbaik.

Selangor dan Pahang bertemu sekali lagi di Piala Sumbangsih 1985, yang diadakan pada Disember 1984. Selangor menewaskan Pahang 2-1 menerusi jaringan Reduan Abdullah dan Razali Alias, melengkapkan tiga trofi mereka untuk musim 1984. 

Hung Meng bermain untuk pasukan kebangsaan Malaysia dari 1982 hingga 1987.

Pada 1985, beliau dipertanggungjawabkan selaku kapten yang membawa Malaysia memenangi pingat gangsa di Sukan SEA Bangkok. Hung Meng menjaringkan gol pada minit ke-89 untuk menyamakan kedudukan dengan Singapura 2-2, pada peringkat separuh akhir. Namun, Malaysia tewas 5–6 melalui sepakan penalti. Malaysia berjaya menewaskan Indonesia 1–0 dalam perlawanan pingat gangsa hasil jaringan Lim Teong Kim. 

Pada tahun berikutnya, Malaysia menjuarai Pestabola Merdeka 1986 setelah menewaskan Sigma Olumouc dari Czecohslovakia 3–0 dengan gol jaringan Wong Hung Nung, Zainal Abidin Hassan dan Dollah Salleh. Kemenangan tersebut memberi tiket kepada pasukan Malaysia untuk bertanding di Sukan Asia Seoul 1986. 

Hung Meng bersara daripada bermain bola sepak pada tahun 1992. Beliau memulakan kerjaya sebagai jurulatih pada tahun 2004 dengan membantu pasukan MK Land. Beliau kemudian melatih MPPJ hingga mereka menduduki tangga keenam Liga Super selepas berada di posisi bawah dalam liga. Pada tahun 2006, beliau menjadi penolong jurulatih kepada Bojan Hodak untuk MyTeam FC. 

Pada 2017, Hung Meng dilantik sebagai penolong jurulatih untuk skuad Malaysia B-23 kendalian Ong Kim Swee, yang kini di bawah Brad Maloney. Pasukan B-23 negara kini berada di Uzbekistan untuk Piala Asia B-23 AFC. Mereka telah tewas 4–1 kepada Korea Selatan pada 2 Jun dan akan bertemu Thailand hari ini dan Vietnam pada 8 Jun. Selamat maju jaya!

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#MuziumSukanMalaysia
#muziumharimaumalaya
#harimaumalaya

//

Khan Hung Meng moved south from Penang in 1981 to briefly play with Federal Territory before joining Selangor and played with them for 11 years. He achieved many victories with Selangor, including winning the Malaysia Cup four times – 1981, 1982, 1984 and 1986. 

1984 was a successful year for Selangor as they won the Malaysia Cup and the inaugural Charity Shield, and were declared the Malaysian League champions. 

Selangor met defending champions Pahang at the 1984 Malaysia Cup final. Pahang was notably strengthened by 1984 Golden Boot winner Yunus Alif and Silver Boot winner Zainal Abidin Hassan. After 77 minutes of a goalless match, R. Suriamurthy scored first for Pahang. 

As the match was nearing to an end, Selangor’s chances did not look hopeful. However, their fighting spirit stunned the crowd in the last five minutes. Azhar Shariff scored the equaliser in the 86th minute. In the 89th and 90th minute, Hung Meng stole the show by scoring two goals, leaving Pahang goalkeeper Ong Yu Tiang defeated. Hung Meng was declared Man of the Match and Selangor won 3 – 1. 

Selangor and Pahang met again at the 1985 Charity Shield, which was held in December 1984. Selangor defeated Pahang 2–1 through goals scored by Reduan Abdullah and Razali Alias. This completed their three trophies for the 1984 season. 

Hung Meng was in the Malaysian national team from 1982 to 1987.

In 1985, he was captain who led Malaysia to win the bronze medal at the Bangkok SEA Games. Hung Meng scored in the 89th minute to equalise with Singapore 2–2 in the semi-finals. However, Malaysia lost 5–6 in the deciding penalty shootout. Malaysia managed to defeat Indonesia 1–0 in the third place play-offs with a goal scored by Lim Teong Kim. 

In the following year, Malaysia was crowned champions of the 1986 Merdeka Tournament after defeating Sigma Olumouc from Czechoslovakia 3–0 with goals scored by Wong Hung Nung, Zainal Abidin Hassan and Dollah Salleh. The win secured Malaysia’s ticket to the 1986 Seoul Asian Games. 

Hung Meng retired from playing football in 1992. He started his coaching career in 2004 assisting MK Land FC. He then coached MPPJ and raised them to sixth place in the Super League after staying fairly low in the MSL standings. In 2006, he became the assistant coach to Bojan Hodak for MyTeam FC. 

In 2017, Hung Meng was appointed as assistant coach for the Malaysia U-23 squad under Ong Kim Swee, and is now under Brad Maloney. The team is now currently in Uzbekistan for the AFC U-23 Asian Cup. After a 4–1 defeat to South Korea on June 2, they meet Thailand today and Vietnam on June 8. We wish them all the best for their remaining matches! 

Leave A Reply

Your email address will not be published.