Selamat Hari Lahir, Coach Tan Cheng Hoe

Tan Cheng Hoe dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 30 Mei 1968. Beliau mula bermain bola sepak bersama Kedah dari 1988 hingga 1995. Kedah berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia selama tiga tahun berturut-turut dari 1988-90 dan akhirnya memenangi piala yang diidamkan pada edisi 1990.

Dari 1996-99, Tan Cheng Hoe bermain untuk pelbagai pasukan negeri termasuk Perlis, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, dan Kelantan sebelum beliau kembali ke Kedah untuk bermain setahun lagi.

Kerjaya kejurulatihan Tan Cheng Hoe bermula pada tahun 2004. Beliau merupakan penolong jurulatih kepada K. Rajagobal dan membantu melatih Malaysia B-19, Harimau Muda A, Malaysia B-23 dan pasukan senior Malaysia sehingga 2013. Mereka berdua menyaksikan Malaysia meraih kemenangan di Sukan SEA 2009 dan Piala AFF Suzuki 2010. 

Pada 2014, Tan Cheng Hoe pulang ke Kedah setelah beliau dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan negeri tersebut. Kedah mencapai kejayaan besar di bawah bimbingan beliau termasuk memenangi Liga Perdana pada 2015. Tan Cheng Hoe dianugerahkan Jurulatih Terbaik Liga M pada tahun 2016, setelah Kedah memenangi Piala Malaysia dan menduduki tempat ketiga dalam Liga Super. Pada 2017, Kedah menjadi juara Piala FA serta Piala Sumbangsih. 

Pada Disember 2017, Tan Cheng Hoe diamanahkan dengan tugas melatih skuad Harimau Malaya, menggantikan Nelo Vingada. Dalam salah satu kejohanan besar pertama mereka, Piala AFF Suzuki 2018, beliau berjaya membawa Malaysia ke pusingan akhir. Namun, Malaysia tewas kepada Vietnam dalam perlawanan akhir kedua dan dianugerahkan naib juara.

Selepas itu, Tan Cheng Hoe bermula dengan persiapan skuad kebangsaan untuk Kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 pada tahun 2019. Mereka mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia sebelum kejohanan tersebut terganggu akibat pandemik COVID-19.

Pada 3 Januari 2022, Tan Cheng Hoe meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya berikutan kegagalan skuad kebangsaan layak ke pusingan separuh akhir Piala AFF Suzuki 2020. Skuad kebangsaan, yang kurang persiapan akibat pandemik COVID-19, tidak mara ke pusingan seterusnya setelah menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan B. 

Jasa dan pengorbanan Coach Tan Cheng Hoe akan senantiasa dikenang. Kami berharap beliau dapat meneruskan menabur bakti sebagai seorang jurulatih dan kami mengucapkan selamat maju jaya.

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#MuziumSukanMalaysia
#muziumharimaumalaya
#HarimauMalaya

//

Tan Cheng Hoe was born in Alor Setar, Kedah on May 30, 1968. His football career started when he played for Kedah from 1988 to 1995. Kedah reached the Malaysia Cup finals for three years straight from 1988-90 and won the 1990 edition. 

From 1996-1999, Tan played for various teams such as Perlis, Penang, Kuala Lumpur and Kelantan before returning to Kedah for another year.

Tan began his coaching career in 2004 as assistant coach to K. Rajagobal, helping him train Malaysia U-19, Harimau Muda A, Malaysia U-23, and the senior national team until 2013. Together, they brought Malaysia to victory at the 2009 Sea Games and the 2010 AFF Suzuki Cup. 

In 2014, Tan returned to his hometown as he was appointed as Kedah’s head coach. The team gained success under his tutelage, winning the Premier League in 2015. Tan was awarded M-League’s Best Coach of the Year in 2016, where Kedah won the Malaysia Cup and placed third in the Super League. In 2017, Kedah won the FA Cup and the Charity Shield.

In December 2017, Tan was entrusted with the responsibility as national coach, replacing Nelo Vingada. In their first big tournament, the 2018 AFF Championships, he led Malaysia to the final round. However, Malaysia lost to Vietnam in the second leg and were declared runners-up. 

Tan was then on his way to prepare the team for the 2022 World Cup / 2023 Asian Cup Qualifiers in 2019, and they advanced to the third round of the Asian Cup Qualifiers, before the tournament was halted due to the COVID-19 pandemic. 

On January 3, 2022, Tan resigned as head coach following Malaysia’s failure to qualify for the AFF Suzuki Cup semi-finals. The team, still affected by the pandemic and lacked preparation, did not advance after finishing third in Group B. 

Tan’s contributions will always be remembered. We hope he continues his coaching career and gains success in his future endeavours. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.