Selamat Hari Lahir ke-60, Nordin Jadi!

Legasi Lagenda mengucapkan selamat hari lahir ke-60 kepada Olimpian dan legenda olahraga Nordin Jadi yang dilahirkan pada 12 Mei 1962.

Seorang bintang di trek dan padang, beliau telah mewakili Malaysia di Sukan Olimpik Los Angeles 1984 dan menduduki tempat ke-5 dalam kedua-dua acara saringan 200m dan 400m. Beliau kembali ke Sukan Olimpik Seoul 1988 sebagai pembawa bendera Malaysia dan menyertai acara 400m.

Nordin Jadi juga seorang atlet legenda di Sukan SEA. Selepas penampilan pertama beliau pada tahun 1981, Nordin telah membawa pulang sejumlah 3 pingat emas, 3 perak dan 1 gangsa dalam pelbagai acara termasuk acara 400m, 800m dan 4x400m.

Setelah beliau bersara sebagai atlet, dedikasi Nordin terhadap sukan olahraga mendorong beliau untuk membina sebuah pusat latihan iaitu Kelab Atletik Nordin Jadi (Nordin Jadi Athletic Club) di Johor. Nordin kekal aktif bersama kelab tersebut dengan melatih dan menggilap bakat generasi akan datang.Nantikan paparan kami yang akan datang untuk kisah kerjaya beliau yang sepenuhnya.

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#MuziumSukanMalaysia
#muziumharimaumalaya

//

Legasi Lagenda wishes a happy 60th birthday to two-time Olympian and legendary athlete Nordin Jadi, who was born on May 12, 1962.

The track and field star represented Malaysia at the 1984 Los Angeles Olympic Games, placing 5th in both heats of the 200m and 400m events. He returned to the 1988 Seoul Olympic Games as Malaysia’s flag bearer and ran the 400m event.

Nordin Jadi was also a legend at the SEA Games. After his first appearance in 1981, he went on to win a total of 3 gold, 3 silvers and 1 bronze medals in various events including 400m, 800m and 4x400m events.

After retiring as an athlete, Nordin’s love for the sport led him to build his own training centre, the Nordin Jadi Athletic Club (NJAC) in Johor. Nordin remains active with the club coaching and polishing the talents of the next generation. Stay tuned for our upcoming posts where we dive further into his illustrious career.

Leave A Reply

Your email address will not be published.