Amri Yahyah (Bahagian 1)

Anak kelahiran Selangor, Mohd Amri Yahyah, merupakan pemain paling setia kepada kelab bola sepak negeri tersebut selepas Allahyarham Mokhtar Dahari, yang bermain untuk pasukan Merah Kuning selama 15 tahun dari 1972-1988. Amri yang dilahirkan pada 21 Januari 1981, memulakan perjalanan bola sepak beliau semasa di sekolah. Pada masa remaja, bakat beliau terserlah apabila terpilih untuk menyertai Akademi Bola Sepak Selangor.

Beliau diserapkan ke dalam pasukan Selangor pada tahun 2001 dan bermain selama 12 tahun sebelum kembali pada 2017 untuk dua musim lagi. Pertama kali Amri mewakili Selangor adalah di Piala Presiden. Beliau terus menunjuk bakat dan menjaringkan lapan gol semasa kejohanan itu dan dipilih untuk menyertai skuad utama. Penampilan pertama pula adalah di Piala FA 2001, Selangor menentang Johor.  Sumbangan gol dari beliau yang menyaksikan kemenangan 4-0 juga memastikan Selangor mara ke pusingan seterusnya dengan agregat 4–3. Selangor memenangi Piala FA pada tahun itu setelah menewaskan Sarawak 1–0 dalam perlawanan akhir.

2002 merupakan tahun yang besar bagi Selangor setelah memenangi Piala Malaysia buat kali pertama sejak 1997. Selepas menjaringkan enam gol sepanjang kejohanan, Amri menjaringkan gol kemenangan Selangor dalam perlawanan akhir menentang Sabah. Kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada sepenuh masa. Pada minit ke-100, Amri menjaringkan gol tunggal perlawanan untuk memenangi piala yang diidamkan. 

Pencapaian beliau mendapat perhatian jurulatih Harimau Malaya, Allan Harris yang mahu memilih beliau untuk barisan Malaysia di Piala AFF 2002. Namun, dalam perjalanan ke latihan di Wisma FAM pada suatu hari, Amri mengalami kemalangan motosikal dan patah kaki. Walaupun kecederaan itu menangguhkan penampilan pertama beliau untuk Malaysia, Amri kembali sebagai pemain yang lebih kuat bertekad untuk membuktikan bakat beliau sekali lagi selepas pulih dengan sepenuhnya.

Nantikan paparan seterusnya untuk sambungan kisah Amri Yahyah bersama Harimau Malaya dan pasukan negeri. 

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#MuziumSukanMalaysia
#MuziumHarimauMalaya

//

Born in Selangor, Mohd Amri Yahyah was the most loyal player to its football club after the late Mokhtar Dahari, who played for the team for 15 years from 1972-1988. Amri was born on January 21, 1981 and started his football journey young at school. His talent was discovered when he was selected to join Selangor’s Football Academy as a teenager. 

He graduated to join the Red Giants in 2001 where he played for a total of 12 years, before leaving and then returning in 2017 for an additional two seasons. He first represented Selangor at the President’s Cup where he scored eight goals during the tournament, leading him to join the main squad. His first appearance was at the 2001 FA Cup where Selangor met Johor. His goal that resulted in Selangor winning 4-0 also ensured Selangor’s advancement to the next round with a 4–3 aggregate. Selangor won the FA Cup that year after defeating Sarawak 1–0 in the final. 

2002 was a big year for Selangor as they won their first Malaysia Cup since 1997. After scoring six times throughout the tournament, Amri delivered Selangor’s miraculous winning goal in the final match against Sabah. Both teams were tied at zero at full-time. In the 100th minute, Amri scored the sole goal of the match, making his team victorious. 

His achievements caught the attention of Harimau Malaya coach Allan Harris who wanted to include him in the 2002 AFF Tiger Cup line-up. However, on his way to training at Wisma FAM one day, Amri was in a motorcycle accident and suffered a broken leg. It may have cost him his debut for Malaysia but after his surgery and rehabilitation, he came back a stronger player determined to prove his worth once more. 

Stay tuned for our next post on Amri Yahyah’s journey with Harimau Malaya and state teams.

Leave A Reply

Your email address will not be published.