Takziah, Serbegeth Singh
Legasi Lagenda mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Serbegeth “Shebby” Singh, yang meninggal dunia semalam pada 12 Januari akibat serangan jantung.
Serbegeth Singh memulakan karier bola sepak beliau bersama pasukan Johor FA di Piala Razak 1982 sebelum berpindah ke Kuala Lumpur pada tahun 1983. Beliau meraikan beberapa kejayaan besar bersama Kuala Lumpur FA, termasuk memenangi Piala Malaysia tiga tahun berturut-turut dari 1987-89.
Beliau juga beraksi dengan Harimau Malaya dari 1982-91 dan pada kemuncaknya, beliau memenangi pingat emas di Sukan SEA KL 1989.
Setelah bersara sebagai pemain, Serbegeth kekal disegani dalam dunia bola sepak Malaysia. Beliau terus melimpah jasa sebagai penasihat teknikal pasukan Melaka pada 2007 dan JDT pada 2014. Beliau juga mempunyai pengikut setia sebagai kolumnis bola sepak dan pengulas sukan.
Kami berharap segala pencapaian and pengorbanan Serbegeth Singh akan sentiasa diingati oleh seluruh rakyat Malaysia hingga ke generasi akan datang.
#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#MuziumSukanMalaysia
#MuziumHarimauMalaya
#harimaumalaya
(Kredit foto: Dunia Sukan)
//
Legasi Lagenda extends our sincerest condolences to the family of the late Serbegeth “Shebby” Singh, who passed away yesterday on January 12 due to a heart attack.
Serbegeth Singh began his football career with Johor FA at the 1982 Razak Cup before moving to Kuala Lumpur in 1983. He had a successful journey with Kuala Lumpur FA, winning the Malaysia Cup three years in a row from 1987-89.
He was also a part of Harimau Malaya from 1982-91, and peaked when the national team won the gold medal at the 1989 KL SEA Games.
After retiring as a player, Serbegeth remained a respected member of Malaysian football. He shared his wisdom by serving as technical advisor for Melaka in 2007 and JDT in 2014. Outspoken in nature, he had a loyal following as a football columnist and sports commentator.
We hope Serbegeth Singh’s achievements and achievements will always be remembered by Malaysians for generations to come.