Rani Kaur – Legenda Hoki Wanita Malaysia

Rani Kaur merupakan seorang legenda dalam dunia hoki wanita Malaysia. Beliau yang lahir pada tahun 1948 mula berkecimpung dalam bidang sukan hoki pada umur yang muda dengan mewakili sekolah pada tahun 1959. Rani kemudian menyertai pasukan Combined Schools di Perak, tempat kelahiran beliau. 

Rani semakin serius dalam permainan hoki dan berpindah untuk menyertai pasukan Selangor pada tahun 1963. Pada tahun yang sama, Selangor memenangi kejohanan empat penjuru hoki wanita yang turut melibatkan Negeri Sembilan, Perak dan Pulau Pinang.

Tahun 1963 juga menyaksikan Kejohanan Hoki Wanita antara negeri yang pertama di Malaysia. Selangor menghadapi kerugian berkontroversi apabila tiada pemenang diumumkan. Selangor, yang telah memenangi semua perlawanan sepanjang kejohanan, terlepas gelaran kejuaraan setelah perlawanan terakhir mereka dengan Pulau Pinang diisytiharkan terbengkalai akibat cuaca buruk. Walaupun Selangor sedang mendahului 2-0, pihak kejohanan membuat keputusan untuk tidak mengumum kedudukan terakhir bagi semua pasukan. Namun begitu, Selangor kembali untuk berjuang dan akhirnya memenangi edisi 1965.

Rani juga memenangi kejohanan empat penjuru hoki wanita 1965 bersama Selangor. Semasa perlawanan akhir menentang Singapura, beliau menjaringkan gol kedua untuk memastikan kemenangan 2-0 dan muncul juara. Selangor meneruskan rentak kemenangan mereka di karnival hoki wanita Malaysia 1965, sekali lagi tanpa sebarang kekalahan. Rani menjaringkan tiga gol dalam perlawanan akhir, mengalahkan Melaka 4–0. 

Pada tahun 1971, Rani menyertai Kejohanan Persidangan Persekutuan Persatuan Hoki Wanita Antarabangsa (IFWHA) di New Zealand bersama pasukan negara. Ini merupakan kali pertama Malaysia menyertai kejohanan tersebut dan mereka mencapai tempat ke-14 bersama India. Pada tahun 1975, Kejohanan Persidangan itu dijadikan acara Piala Dunia. Malaysia menduduki tempat ke-17 daripada 22 pasukan.

Rani diberi tanggungjawab sebagai kapten di Karnival Hoki Wanita 1974, di mana Malaysia muncul sebagai juara. Beliau juga merupakan penjaring terbanyak dengan enam gol. Pencapaian-pencapaian beliau diiktiraf oleh Majlis Sukan Negara dan beliau dianugerahkan Olahragawati Terbaik 1974. Sebelum ini, beliau telah dicalonkan pada tahun 1971. Rani merupakan wanita Sikh pertama untuk memenangi anugerah tersebut.

Malaysia menjadi pemenang pertama Kejohanan Hoki Wanita Asia 1977 setelah mengalahkan Jepun 2–0 di peringkat akhir. Malangnya, Kaur terpaksa berundur daripada perlawanan selepas terkena bola oleh pukulan pemain lawan. Beliau diganti oleh Zaharah Mokhtar, yang menjaringkan kedua-dua gol untuk memastikan kemenangan Malaysia.

Rani Kaur bersara pada tahun 1982 dengan kejayaan dan kecemerlangan yang beliau kecapi dalam arena sukan hoki. Semoga jasa dan pengorbanan beliau menjadi inspirasi kepada semua.

(Kredit foto asal: Dunia Sukan)

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia

//

Rani Kaur was a legendary performer in Malaysia’s women hockey. Born in 1948, her fondness for the sport began at an early age as she started playing for her school in 1959. She then joined the combined schools team in Perak, where she was born. 

Rani grew serious about playing hockey and moved to join the Selangor team in 1963. In the same year, Selangor won the annual women’s hockey quadrangular tournament that also involved state teams from Negeri Sembilan, Perak and Penang. 

Moreover, 1963 saw the first Inter-state Women’s Hockey Tournament where Selangor faced a controversial loss as no winner was declared. Selangor, unbeaten throughout the tournament, missed out on a championship title as their last match with Penang was declared as “abandoned” due to poor weather. Although Selangor was leading 2-0 before the match ended, the tournament decided that they could not offer final placings. Nevertheless, Selangor came back fighting harder to win the 1965 edition.

Rani also won the 1965 women’s quadrangular tournament with Selangor. In their last match, she scored the second goal to secure their 2-0 victory against Singapore, placing them first on the leaderboard. Selangor continued their winning streak at the 1965 Malaysian women’s hockey carnival with an unbeaten track record. Rani scored three of the goals that led to a 4-0 victory against Malacca during their final match. 

In 1971, Kaur joined the Malaysian women’s hockey team and went to the International Federation of Women’s Hockey Associations (IFWHA) Conference Tournament in New Zealand. This was Malaysia’s first time participating and they tied with India at 14th place. In 1975, the conference became a World Cup event. Malaysia placed 17th out of 22 teams. 

Rani was skipper at the 1974 Women’s Hockey Carnival, where Malaysia emerged as champions. She was also the top scorer of the tournament with six goals. Her achievements led her to be awarded 1974 Sportswoman of the Year, after previously being nominated in 1971. She was the first Sikh woman to win the award.

Malaysia became the first winners of the Federation of Asian Women Hockey Association championships in 1977 after defeating Japan 2–0 in the finals. Unfortunately, Rani had to retire from the match after getting hit with the ball by an opponent. Substituting her was Zaharah Mokhtar, who scored both goals to secure their win. 

Rani Kaur retired from the game in 1982 with a wealth of success and accolades under her belt. We hope that her accomplishments and sacrifices become a beacon of inspiration to all.

(Original photo credit: Dunia Sukan)

Leave A Reply

Your email address will not be published.