Selamat Hari Lahir, Dato’ Shukor Salleh

#DSSJeneralPadang

Happy birthday sang legenda ‘Mr.Cool’!

Kami mengucapkan selamat hari kelahiran yang ke-73 kepada legenda bola sepak Dato’ Shukor Salleh. Semoga Dato’ dianugerahkan dengan kesihatan yang baik dan senantiasa berada dalam lindungan Allah swt.

Jasa dan pengorbanan yang dicurahkan kepada pasukan negeri Pulau Pinang dan skuad kebangsaan lebih sedekad lamanya amat dihargai. Pengorbanan dan kejayaan beliau dapat dijadikan inspirasi buat semua.

Secara peribadi, Dato’ Shukor adalah seorang sahabat, abang dan bapa. Seorang insan yang tidak lokek memberi tunjuk ajar dan kata-kata semangat. Terima kasih atas segala nasihat dan dorongan.

Alhamdulillah, kisah hidup dan perjalanan karier bola sepak sang legenda ini telah kami bukukan dalam penerbitian sulung Siri Legenda, Dato’ Shukor Salleh – Jeneral Padang, buat tatapan peminat sukan tanahair.

Sempena hari kelahiran Dato’ Shukor, kami menawarkan promosi eksklusif untuk pengikut media sosial Legasi Lagenda. Gunakan kod SHUKOR untuk mendapat diskaun 10% dengan setiap pesanan buku Dato’ Shukor Salleh – Jeneral Padang, sepanjang bulan Disember ini.

Dapatkan sekarang hanya di https://legasilagenda.com/shop/

“Kita mesti ada matlamat. Dalam bola sepak, mesti pergi ke matlamat yang tertinggi, Olimpik dan World Cup” — Kepada anak muda, sahutlah cabaran Dato’ Shukor Salleh.

Selamat hari lahir, Dato’ Shukor!

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#harimaumalaya

Leave A Reply

Your email address will not be published.