Piala Thomas 1952 (Bahagian 3) – Skuad Amerika Syarikat

Kenali pasukan Amerika Syarikat yang bertemu juara bertahan Malaya di perlawanan akhir Piala Thomas 1952.
Amerika Syarikat mara ke perlawanan akhir setelah menewaskan India di pertandingan antara zon. 

Carl Loveday / 20 / California 

— Kapten pasukan Piala Thomas Amerika Syarikat dan menduduki tempat No. 2 dalam beregu kebangsaan. Beliau naib juara kepada Dave Freeman dalam Kejohanan Perseorangan Kebangsaan pada tahun 1941, 1942 dan 1947. Di Piala Thomas 1949, beliau tewas kepada pemain Malaya, Law Teik Hock. 

Marten Mendez / 35 / California 

— Dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik di Amerika Syarikat dan merupakan pemain terbaik kedua dalam badminton perseorangan negara pada masa itu. Beliau menjuarai Kejohanan Kebangsaan Perseorangan pada tahun 1949 dan 1950. Namun, beliau tewas kepada Wong Peng Soon dan Ooi Teik Hock di perlawanan separuh akhir Piala Thomas 1949.

Bob Williams / 28 / New York

— Ahli pasukan Piala Thomas 1949, di mana beliau digandingkan dengan Clint Stephens. Mereka tewas kepada pasangan-pasangan beregu Malaya, Chan Kon Leong-Yeoh Teck Chye dan Ooi Teik Hock-Teoh Seng Khoon.

Wynn Rogers / 32 / California

— Dengan ketinggiannya enam kaki lebih, beliau dianggap sebagai pemain beregu terbaik di Amerika Syarikat. Pada tahun 1952, merupakan johan beregu bersama Joe Alston yang malangnya tidak dapat meneruskan perjalanan ke pusingan akhir Piala Thomas. Dengan Dave Freeman, beliau tewas kepada kombinasi Chan Kon Leong-Yeoh Teck Chye dan Ooi Teik Hock-Teoh Seng Khoon di Piala Thomas 1949. 

Dick Mitchell / 30 / California 

— Ahli baharu skuad Piala Thomas 1952. Beliau dikatakan sebagai pemain perseorangan terbaik selepas Marten Mendez dan Joe Alston. Beliau menduduki tempat ke-3 di Amerika Syarikat pada masa itu. 

Joe Alston / 25 / California 

— Nama baharu di pentas badminton antarabangsa. Beliau juara perseorangan negara pada 1951 tetapi tewas kepada Marten Mendez pada 1952. Beliau dipilih sebagai pemain perseorangan ketiga dan pasangan beregu Wynn Rogers di Piala Thomas 1952. Namun, beliau dikehendaki pulang ke Amerika Syarikat untuk kerja sehari sebelum perlawanan akhir bermula. Beliau merupakan ejen baharu untuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Nantikan paparan kami tentang perlawanan akhir Piala Thomas 1952 antara Malaya dan Amerika Syarikat.

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#integriti
#pengorbanan
#kesabaran
#ThomasCup

//

Thomas Cup (Part 3) – USA squad

Get to know the United States team that met defending champions Malaya in the 1952 Thomas Cup final.
USA advanced to the final round after defeating India in the inter-zone competition.

Carl Loveday / 30 / California

— Skipper of the USA Thomas Cup team, currently ranked No. 2 in USA doubles. He was runner-up to Dave Freeman at the National Singles Championships in 1941, 1942 and 1947. At the 1949 Thomas Cup, he lost his match to Malayan player Law Teik Hock. 

Marten Mendez / 35 / California

— Considered one of top players in the USA as he ranked No. 2 in USA singles. At the time, he held the National Singles title, which he also held in 1949 and 1950. In 1949, he lost to both Wong Peng Soon and Ooi Teik Hock at the Thomas Cup semi-finals. 

Bob Williams / 28 / New York 

— Was a member of the 1949 Thomas Cup team, where he was partnered with Clint Stephens. They were defeated by Malayan doubles Chan Kon Leong-Yeoh Teck Chye and Ooi Teik Hock-Teoh Seng Khoon.

Wynn Rogers / 32 / California

— At over six feet tall, he was considered the best American doubles player. At the time, he held the national doubles title with Joe Alston, who unfortunately could not continue his Thomas Cup journey at the Challenge Round. Partnered with Dave Freeman in 1949, the duo lost to Chan Kon Leong-Yeoh Teck Chye and Ooi Teik Hock-Teoh Seng Khoon.

Dick Mitchell / 30 / California 

— New member of the 1952 Thomas Cup squad. Considered next best to Marten Mendez and Joe Alston in singles and was ranked No. 3 in the USA at the time.

Joe Alston / 25 / California

— New figure in international badminton. National singles champion in 1951 but lost to Marten Mendez in 1952. Was third singles and doubles partner of Wynn Rogers at the 1952 Thomas Cup but was recalled to work a day before the tournament started. He was a newly employed Federal Bureau of Investigation (FBI) agent.

Stay tuned for our post on the 1952 Thomas Cup finals between Malaya and the USA.

Leave A Reply

Your email address will not be published.