Merdeka! Merdeka! Merdeka! – Sapok Anak Biki – Pingat Emas Sukan Komanwel 1998

Sapok Biki mencipta sejarah apabila memenangi pingat emas dalam kategori light flyweight di Sukan Komanwel 1998, yang dipertandingkan di Stadium Melawati, Shah Alam. Petinju berketurunan Iban dari Simunjan, Sarawak mengalahkan Moses Kinyua dari Kenya dengan kiraan mata 16-11. Kinyua merupakan atlet terbaik selama empat tahun di Kejohanan Afrika. Orang Kenya menggelar beliau ‘Muhammad Ali Kenya’. Dalam laluan ke final, Sapok Biki telah menewaskan petinju dari Zambia 23-6 dan Gary Jones dari England, 15-11.

Sapok, seorang anggota tentera pernah beraksi di Sukan Olimpik Atlanta 1996 dan Piala Dunia. Di Sukan SEA, Sapok meraih pingat perak Chiangmai 1995, Jakarta 1997, Brunei 1999 dan Kuala Lumpur 2001. Kilauan emas di luar jangkauan beliau kerana beliau dibayangi oleh petinju-petinju Thailand yang bertaraf dunia seperti Somjit Jongjohor yang kemudiannya menjadi juara Olimpik di Bejing 2008.

Sapok meneruskan khidmat bakti beliau dalam dunia tinju apabila menubuhkan Pusat Pusat Pembangunan Tinju Sapok Biki sejak dua tahun lalu untuk mencungkil dan mengasah bakat-bakat baharu.

Terima kasih Mejar Sapok Biki atas segala pengorbanan demi untuk mengharumkan nama negara di persada dunia. Semoga kejayaan beliau menjadi inspirasi kepada generasi baharu, khususnya pelapis petinju negara.

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#integriti
#pengorbanan
#kesabaran

//

Sapok Biki made history at the 1998 Commonwealth Games when he won the gold medal in the light flyweight category, which was held at Melawati Stadium, Shah Alam. The Iban boxer from Simunjan, Sarawak defeated Moses Kinyua from Kenya by a score of 16–11. Kinyua was considered the best athlete for four years running at the African Championships, earning the nickname “Kenyan Muhammad Ali” from his fellow Kenyans. On his journey to the final round, Sapok Biki defeated a Zambian boxer 23-6 and Gary Jones from England, 15-11.

Sapok, a member of the military, rose to the world stage at the 1996 Atlanta Olympic Games and World Cup. Sapok also had a fruitful time at the SEA Games, winning silver medals in Chiang Mai (1995), Jakarta (1997), Brunei (1999), and Kuala Lumpur (2001). The gold medal was slightly out of his reach after meeting world-class Thailand boxers such as Somjit Jongjohor, who later became the 2008 Olympic champion in Beijing.

He continues to give back to the boxing community as he set up the Sapok Biki Boxing Development Center two years ago to find and hone new talents.

We thank Major Sapok Biki for all of his sacrifices that led to Malaysia gaining recognition on the world stage. We hope his successes become an inspiration to the new generation, especially our country’s young boxers.

Leave A Reply

Your email address will not be published.