Merdeka! Merdeka! Merdeka! – Pestabola Merdeka 1976

Pada hari ini dalam sejarah, Malaysia menewaskan Jepun 2–0 di perlawanan akhir Pestabola Merdeka 1976.

Berikut adalah petikan dari buku Dato’ Shukor Salleh – Jeneral Padang, yang anda boleh dapatkan di http://legasilagenda.com/shop.

“Pestabola Merdeka 1976 merupakan kenangan terindah buat saya. Selepas kekecewaan pada final 1975, saya bangkit memimpin pasukan yang lengkap semua segi.

Allahyarham Mokhtar Dahari di kemuncak prestasi sehingga menjaringkan dua gol pada final menewaskan Jepun 2-0. Malaysia mencatat 19 gol pada peringkat kumpulan dan menjuarai kejohanan dengan rekod tanpa kalah. Sememangnya ia adalah edisi yang istimewa bagi saya.

Selain menebus kegagalan setahun terdahulu dan pra-Olimpik ke Montreal, saya berasakan Pestabola Merdeka sebagai detik kehebatan Mokhtar selaku penyerang ulung negara.

Dua jaringannya dalam tempoh dua minit pada final di Stadium Merdeka menewaskan Jepun 2-0. Bayangkan Jepun memiliki Kunishige Kamamoto yang juga penjaring terbanyak Sukan Olimpik 1968, selain Yasuhiko Okudera yang kemudiannya beraksi di Bundesliga. Sepakan percuma saya menjadi umpanan kepada Mokhtar melayangkan badannya lalu menyempurnakan tandukan terbang untuk gol kedua negara. Sukar melupakan detik sebegitu.”

– Dato’ Shukor Salleh, legenda bola sepak negara.

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#integriti
#pengorbanan
#kesabaran
#harimaumalaya

//

On this day in history, Malaysia defeated Japan 2 – 0 in the final match of the 1976 Merdeka Tournament.

The following excerpt was taken from the book Dato’ Shukor Salleh – Jeneral Padang. Get your copy at http://legasilagenda.com/shop.

“The 1976 Merdeka Tournament was the most memorable one for me. After the disappointment that was the 1975 final, I got back up to lead the complete team that we had.

The late Mokhtar Dahari was at the peak of his performance; he scored two goals in the final defeating Japan. Malaysia recorded 19 goals at the group stage and subsequently won the tournament without any defeat. It was truly a special edition for me.

Apart from making up for our failure from the previous year and the pre-Olympics, the 1976 tournament was a momentous feat for Mokhtar as the nation’s top striker.

His two goals in two minutes in the final at Merdeka Stadium led us to defeat Japan 2–0. Japan had Kunishige Kamamoto, who was the top scorer of the 1968 Olympic Games, in addition to Yasuhiko Okudera who went on to play in the Bundesliga. My free kick acted as bait for Mokhtar to lunge his body and send in a header to complete our second goal. It is hard to forget a moment like that.”

– Dato’ Shukor Salleh, national football legend.

Leave A Reply

Your email address will not be published.