Bersama Dato’ Shukor Salleh

Kami sempat merakam foto bersama legenda bola sepak negara, Dato’ Shukor Salleh di hadapan mural di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang. Mural ini dilakarkan oleh artis berbakat besar Mohd Azmi Mohd Hussin. Baru-baru ini Dato’ Shukor Salleh mengalami sedikit masalah kesihatan akibat terjatuh di rumahnya. Marilah kita sama-sama mendoakan agar Dato’ Shukor Salleh cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan

Dato’ Shukor Salleh, 72 tahun, telah banyak berjasa kepada dunia bola sepak Malaysia. Pelbagai kejayaan telah beliau kecapi. Pingat emas Sukan SEA, pingat gangsa Sukan Asia, juara Pestabola Merdeka adalah sebahagian daripadanya. Beliau juga merupakan seorang anggota pasukan kebangsaan yang layak ke Olimpik Moscow 1980. Bersama pasukan negeri Pulau Pinang pula, beliau telah beberapa kali memasuki final Piala Malaysia dan berjaya membantu pasukan Harimau Kumbang muncul juara pada tahun 1974. Sebagai seorang kapten, jurulatih dan pengurus pasukan, Dato’ Shukor Salleh membawa pasukannya menjuarai liga Malaysia pada tahun 1982.

Ingin tahu lebih lanjut tentang legenda Dato’ Shukor Salleh? Nantikan pengumuman daripada kami… 👀

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#integriti
#pengorbanan
#kesabaran
#HarimauMalaya

With Dato’ Shukor Salleh We met up with Dato’ Shukor Salleh and took a photo with him in front of a mural at City Stadium, Penang. The mural was sketched by the talented artist Mohd Azmi Mohd Hussin. Recently, Dato’ Shukor Salleh suffered some health issues due to a fall at his home. Let us all pray a speedy recovery for Dato’ Shukor Salleh.

Dato’ Shukor Salleh, 72, made significant contributions to Malaysian football and produced numerous achievements. His achievements include a SEA Games gold medal, an Asian Games bronze medal, champion at the Merdeka Tournament, and many more. He was also a member of the national team that qualified for the 1980 Moscow Olympic Games. Along with the Penang state team, he managed to reach the Malaysia Cup final several times. The Harimau Kumbang team also emerged as champions in 1974. As a captain, coach, and team mananger, Dato’ Shukor Salleh led his team to victory in the 1982 Malaysian League.

Keen to know more about the legendary Dato’ Shukor Salleh? Stayed tuned for an announcement from us… 👀

Leave A Reply

Your email address will not be published.