Saik Oik Cum – Olahragawati Malaysia Jaguh 400m Asia Tahun 1978

Pertama kali Saik Oik Cum mewakili negara di peringkat senior adalah di Sukan SEA Kuala Lumpur pada tahun 1977 dan memenagi pingat gangsa dalam acara 400m dengan masa 57.72s. Rakan senegara, V.Angamah memenangi pingat perak (56.89s) dalam acara yang dimenangi oleh pelari Burma (Myanmar) Than Than (56.29).

Gadis muda yang berkaca mata ini kemudiannya memenagi pingat emas pada kejohanan antarabangsa keduanya di Kejohanan Olahraga Jemputan Indonesia dalam acara yang sama dengan masa 57.6s.Bangkok semestinya medan yang yang membawa tuah kepada atlet negara. Pada edisi Sukan Asia ke-5 pada tahun 1966, pelari wanita negara M. Rajamani memenangi acara 400m dengan masa 56.3s.

Oik Cum yang cuma berusia 18 tahun pada waktu itu, mencatat kemenangan di luar dugaan. Beliau memenagi pingat emas dengan menewaskan Keiko Nagasawa (Jepun – perak,55.72s) dan Gao Yanqing (China-gangsa,56.23) dalam acara larian 400m dengan catatan masa 55.09 di Sukan Asia ke-8, juga di Bangkok pada 17 Disember 1978. Keazaman dan dedikasi anak muda kelahiran Pulau Pinang ini harus dicontohi oleh para ahli sukan generasi baharu. Tiada yang mustahil apabila kita benar-benar berdisiplin dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita dan matlamat.

Foto: Saik Oik Cum mengenakan jersi dengan bib bernombor 400 di Sukan Asia 1978 dalam acara larian 400m.

(kredit foto: Dunia Sukan)

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#pengorbanan
#kesabaran
#integriti

Saik Oik Cum – Malaysia’s Sportswoman Champions the 400m at the 1978 Asian Games

The first time Saik Oik Cum represented the country at a senior level was at the 1977 SEA Games held in Kuala Lumpur. She won the bronze medal in the 400m event with a time of 57.72s. Her compatriot, V. Angamah, won silver (58.89s) in the same event while Burmese runner Than Than (56.29s) clutched the gold.

The bespectacled young woman went on to win a gold medal at her second international championship, which was the Indonesia Invitational Sports Championship in the same event with a time of 57.60s.Bangkok definitely brings good luck to our country’s athletes. In the 5th edition of the Asian Games in 1966, M. Rajamani won the inaugural women’s 400m event, setting the record time at 56.30s.

Oik Cum was only 18 years old when she seized the unexpected victory. Defeating Keiko Nagasawa (Japan, 55.72s) and Gao Yanqing (China, 56.23s), she won gold with a time of 55.09s in the 400m running event of the 8th Asian Games, again held in Bangkok, on December 17, 1978.The ambition and dedication of the Penang-born star should be emulated by the newgeneration of sportsmen and sportswomen. Anything is possible when we are trulydisciplined and we work hard to achieve our goals.

Photo: Saik Oik Cum donning the number 400 on her runner’s bib at the 1978 Asian Games’ 400m event.

(Photo credit: Dunia Sukan)

Leave A Reply

Your email address will not be published.