Datuk M. Rajamani – Ratu Pecut Asia

Lahir di dalam komuniti yang konservatif di Tapah, Datuk M.Rajamani menghadapi pelbagai rintangan sebagai seorang wanita yang bergiat dalam arena sukan. Kekuatan yang kental dan semangat patriotisma yang tinggi membolehkan beliau mecapai kegemilangan.

Ratu Pecut Asia ini dilahirkan pada tahun 1943 dan mulai berkecimpung dalam pertandingan olahraga di era 60an di mana jarang dilakukan oleh atlet wanita., apalagi sokongan terhadap mereka.

Bapa beliau, V. Mailvaganam, orang yang bertanggungjawab mengorak langkah beliau dalam kerjaya sebagai seorang atlet dan mendapatkan bimbingan seorang jurulatih, R. Suppiah untuknya. Beliau terpaksa berjalan jauh ke tempat latihan, dan tidak mempunyai kemudahan latihan yang cukup atau wang untuk mendapatkan alat kelengkapan untuk latihan larian. Walau bagaimanapun, keazamannya membuahkan kejayaan sehingga menjadi Olimpian wanita pertama negara apabila beraksi di Sukan Olimpik Tokyo pada tahun 1964.

M. Rajamani menyatakan bapanya merupakan peminatnya yang paling besar dan pendorong beliau mencapai kejayaan. Dia mengajarnya bahawa matlamat sebenar bukanlah kemenangan tetapi ia adalah melakukan yang terbaik. Beliau bersemangat dan memegang nasehat bapanya dekat di hati.

Salah satu momen paling membanggakan beliau adalah memenangi empat pingat emas di Sukan SEAP Kuala Lumpur 1965, acara 200m, 400m, 800m dan 4 x100m. Semangat patriotik yang ada menjadi motivasi beliau beroleh kejayaan. Ketika berdiri di atas podium setelah memenangi pingat emas untuk acara 400m, bielau tidak dapat menahan airmata kegembiraan dari menitis dan di situlah beliau sedar yang beliau telah membanggakan negaranya.

Pada keselurahannya, Rajamani telah memenangi tujuh pingat emas di Sukan SEAP, dan satu pingat emas Sukan Asia Bangkok 1966. Pencapaian yang membanggakan ini menghasilkan beliau dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan sebanyak dua kali pada tahun 1966 dan 1967.

Satu tragedi berlaku pada 23 March 1968, di mana menandakan detik berakhirnya kerjaya Rajamani. Semasa latihan untuk Sukan Olimpik Mexico, Rajamani dan beberapa atlet negara yang lain disambar petir. Beliau koma selama 18 jam, berjuang nyawa, dan sempat hilang sebahagian ingatannya apabila sedar.

Beliau akui yang beliau tidak lagi berada pada landasan minda yang betul setelah kejadian malang itu. Beliau merasa kecewa dengan pegawai olahraga yang kurang simpati bila terpaksa membayar perbelanjaan perubatannya sendiri walau telah dijanjikan kebajikan mereka akan dijaga.

Rajamani kini seorang ahli Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) yang aktif. Bagi beliau, seorang atlet bukanlah boneka untuk menjana wang dan sangat berpegang kuat pada pandangan ini. Beliau berharap atlet Malaysia bersetuju dengan pandangan beliau. Kegembiraan mewakili dan menjadi duta negara harus menggantikan pemikiran untuk mendapatkan imbuhan kewangan.

“Tiada lain yang harus ada dalam pemikiran kecuali untuk mendengar lagu kebangsaan dimainkan” jelas Rajamani.

(Foto 1) Datuk M. Rajamani mendapat anugerah
(Foto 2) Datuk M. Rajamani menziarah seorang lagi Olimpian, pemain bolasepak V. Krishnasamy)

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#integriti
#pengorbanan
#kesabaran

Born into a conservative community in Tapah, M. Rajamani faced many obstacles as a woman in sport. It was her strength and patriotism that led to her glory.

Asia’s Sprint Queen was born in 1943 and started her athletic career in the 1960s, where woman athletes were rare and so was the support for them.

It was her father, V. Mailvaganam who jumpstarted her athletic career and got her to train with coach R. Suppiah. She had to walk long distances for her training sessions, and she did not have proper facilities or the money for running gear either. Nevertheless, her determination paved her way in becoming Malaysia’s first woman Olympian at the 1964 Tokyo Olympic Games.

Rajamani acknowledges her father as her biggest fan and the key that drove her to success. He taught her that winning was not the goal; it was doing one’s best. Rajamani kept her head held high and her father’s words close to her heart.

One of her proudest moments was winning four gold medals at the 1965 Kuala Lumpur SEAP Games, including the 200m, 400m, 800m and 4x100m events. Rajamani’s patriotic spirit motivated her to victory. As she stood on the podium after winning the goal for 400m, tears of joy overcame her, knowing she had made her nation proud. Rajamani has won seven gold medals at the SEAP Games in total, and is also an Asian Games gold medallist (Bangkok 1966). Her proud achievements led her to become a two-time Sportswoman of the Year winner, 1966 and 1967.

Tragedy struck on March 23, 1968, marking the end of Rajamani’s career. While training for the Mexico Olympic Games, Rajamani and a few other Malaysian athletes were struck by lightning. She was in an 18-hour coma, fighting for her life, and partially lost her memory when she woke up.

She admits she was no longer in the right headspace after the unfortunate incident. Having to pay her own medical expenses after being promised they will be taken care of, Rajamani was disappointed with the lack of compassion from sports officials towards her welfare.

Rajamani is currently an active member of the National Athletes Welfare Foundation (Yakeb). Athletes are not moneymaking puppets and Rajamani feels strongly for the cause. She hopes Malaysian athletes put themselves in the same mindset. The joy of being the country’s ambassador should supersede the thought of financial gain.

“Nothing should be in your mind except to hear the national anthem being played,” Rajamani says eloquently.

1 Comment
  1. mohd faizal says

    mr r.suppiah baru sahaja meninggal dunia pagi tadi..

Leave A Reply

Your email address will not be published.