M. Ramayah – Legenda Golf Malaysia
M. Ramayah
– mempunyai 13 adik beradik
– bermain sebanyak 13 kali di Piala Dunia
– pemain no.1 Malaysia selama 21 tahun dari 1976 hingga 1997
– Pemain Malaysia yang pertama memenangi kejohanan antarabangsa apabila menjuarai Marcos Invitational pada tahun 1981.
– membuat pukulan ‘hole-in-one’ yang pertama dalam keriernya pada tahun 1984 dalam kejohanan di Sweden.
Ingat lagi Piala Dunia 1999 yang berlangsung di Mines Resort and Golf Club, Kuala Lumpur.
M. Ramayah berpasangan dengan P. Gunasegaran mewakili Malaysia dan dapat bermain bersama pasangan USA.
Pukulan M. Ramayah tersasar ke dalam semak dan terdengar jeritan “OB!…OB!…OB!” (out of bounds). Dengan wajah yang tenang sambil tersenyum, beliau berkata “Tak apa, saya pukul lagi…”
Itulah M. Ramayah. Begitu tenang dan langsung tidak gentar walaupun berhadapan dengan pemain sensasi dan No. 1 dunia waktu itu, Tiger Woods, yang berpasangan dengan Mark O’Meara.
Permainan golf memerlukan bukan sahaja cara pukulan yang baik tapi juga mengkehendaki daya minda yang kuat, fokus lagi tenang.
Kredit foto: AllSports – 1984.
#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#MuziumSukanMalaysia
#MuziumHarimauMalaya
//
M. Ramayah
– has 13 siblings
– played 13 times at the World Cup
– No. 1 player in Malaysia for 21 years from 1976 until 1997
– First Malaysian to win an international golfing championship; was crowned champion at the Marcos Invitational 1981
– First ‘hole-in-one’ shot of his career was in 1984 at a championship in Sweden
Flashback to the 1999 World Cup that was held at the Mines Resort & Golf Club, Kuala Lumpur.
M. Ramayah, paired with P. Gunasegaran, represented Malaysia and played against team USA.
M. Ramayah’s hit strayed into some shrubs, prompting shouts of “OB! OB! OB! (out of bounds)”. With a calm look on his face, he smiled and said “It’s fine, I’ll give it another shot.”
Calm and composed, that’s M. Ramayah. Nerves were not shown even when facing the no. 1 world sensation in that era, Tiger Woods, who was partnered with Mark O’Meara.
Golf is not all about strategic shots. The game also requires a strong mental capability — focused yet composed.
Photo credit: AllSports 1984
[…] M. Ramayah – Legenda Golf Malaysia […]