[Book Only] Dato’ Shukor Salleh – Jeneral Padang

RM160

In stock

Category:

Description

Dapatkan buku Siri Legenda: Dato’ Shukor Salleh – Jeneral Padang dengan segera!

Buku hard cover ini penuh dengan kisah legenda bola sepak negara Dato’ Abdul Shukor Salleh dan lengkap dengan hampir 300 foto eksklusif,

Bagi generasi yang didodoikan dengan kehebatan skuad bola sepak negara sepanjang dekad 1970-an, Shukor menjadi nadi mendenyutkan jentera tengah menerusi pembacaan permainan yang kemas, hantaran padu tepat ke kaki kawan, tindakan mematahkan asakan lawan serta daya kepimpinan keseluruhan.

Menerusi buku ini, Legasi Lagenda menyingkap latar belakang dan sejarah kehidupan Shukor sehingga beliau muncul sebagai sendi di sebalik penonjolan Pulau Pinang selaku kuasa domestik serta antara perancang tengah terbaik negara sepanjang zaman. Dalam menelusuri jejak kerjaya Shukor, sejarah bola sepak Pulau Pinang yang diwarnai tokoh-tokoh besar pada era silam turut dirakam.

Legasi Lagenda juga menemu bual individu-individu yang mengenali Shukor dengan rapat untuk dibukukan sebagai rujukan dan sumber inspirasi generasi hari ini dan akan datang.

Sebarang pertanyaan, sila PM di Facebook atau email hello@legasilagenda.com

** Dapatkan bookmark Dato’ Shukor Salleh PERCUMA selagi stok masih ada **

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “[Book Only] Dato’ Shukor Salleh – Jeneral Padang”

Your email address will not be published. Required fields are marked *