50 Tahun Lalu: Harimau Malaya Juara Pestabola Merdeka 1976

50 tahun lalu, 40,000 penonton menyaksikan Malaysia menjulang Piala Merdeka setelah pasukan kebangsaan menewaskan Jepun 2-0 dalam perlawanan akhir Pestabola Merdeka.

Pada edisi ke-20 kejohanan itu, Malaysia mara ke perlawanan akhir tanpa tewas permainan peringkat kumpulan. Mereka mencatat kemenangan ke atas India, Indonesia, Burma, dan juara bertahan Korea Selatan serta seri dengan Jepun dan Thailand.

Dalam kejohanan tersebut, Malaysia mempertaruhkan Mokhtar Dahari dan Isa Bakar di barisan hadapan untuk menjaringkan gol, dengan bantuan pemain seperti Shukor Salleh dan Abdah Alif bertindak sebagai penggerak di tengah padang. Sementara itu, kapten Soh Chin Ann mengemudi benteng pertahanan.

Malaysia membuktikan keupayaan mereka dan berhak sebagai juara apabila bintang muda Mokhtar Dahari menjaringkan kedua-dua gol perlawanan akhir, yang beliau sendiri anggap sebagai antara yang paling bermakna. Pada usia 23 tahun, beliau telah pun membina reputasi sebagai salah seorang penyerang yang paling digeruni ketika itu.

Walau bagaimanapun, pencapaian ini tidak mengatasi rekod jaringan terbanyak beliau dalam satu perlawanan antarabangsa, iaitu lima gol yang dijaringkan menentang Filipina di Sukan Asia Tehran 1974.

Perlawanan akhir Pestabola Merdeka 1976 bermula dengan separuh masa pertama yang agak sengit, di mana Malaysia melancarkan beberapa percubaan gol. Pujian diberikan kepada pemain tengan Shukor Salleh dan Abdah Alif kerana berjaya memastikan penguasaan bola kekal di pihak Malaysia.

Pada separuh masa kedua, Harimau Malaya mula menemui rentak mereka. Mokhtar menjaringkan gol pada minit ke-57 untuk meletakkan pasukan di hadapan. Seminit kemudian, beliau menanduk masuk gol kedua hasil daripada sepakan percuma oleh Shukor Salleh. Dengan tambahan gol tersebut, jumlah jaringan beliau dalam kejohanan itu mencecah lapan gol. Beliau sekali gus berkongsi gelaran penjaring terbanyak bersama pemain Jepun, Yasuhiko Okudera.

Selepas hampir memenangi trofi tersebut pada tahun sebelumnya, Malaysia sekali lagi dinobatkan sebagai juara Pestabola Merdeka.

//

50 years ago, 40,000 spectators witnessed Malaysia lift the Merdeka Cup after the national team defeated Japan 2-0 in the final match of the Merdeka Tournament.

Then, in its 20th edition, Malaysia reached the final after not conceding any match during the group stage, winning against defending champions South Korea, India, Indonesia, and Burma and drawing against Japan and Thailand.

For the Merdeka Tournament, Malaysia had Mokhtar Dahari and Isa Bakar on the frontlines delivering goals with players such as Shukor Salleh and Abdah Alif assisting at midfield. Meanwhile, captain Soh Chin Ann held down the defence.

Malaysia proved themselves worthy as champions with young star Mokhtar Dahari scoring the two goals, which he ranked as some of his most memorable. At 23 years old, he was already building his reputation as one of the most feared strikers at the time.

However, it did not top his record for most goals in an international match so far, which was the five he scored against the Philippines at the 1974 Tehran Asian Games.

The final match of the 1976 Merdeka Tournament started out with a tough first half with numerous goal attempts by Malaysia. Praise was given to midfielders Shukor and Abdah for keeping the ball on Malaysia’s side.

It was in the second half where Harimau Malaya found their stride. Mokhtar landed a goal in the 57th minute to put the team ahead. A minute later, Mokhtar Dahari headed in a second goal after a free kick from Shukor Salleh. Bringing his total goals of the tournament to eight, he shared top scorer with Japan’s Yasuhiko Okudera.

After narrowly missing out on the trophy the previous year, Malaysia was once again Merdeka Tournament champions.

Leave A Reply

Your email address will not be published.