Selamat Hari Lahir, Rashid Hassan

Legasi Lagenda ingin mengucapkan selamat hari lahir yang ke-72 kepada penjaga gol legenda Malaysia, Rashid Hassan.

Dilahirkan di Melaka, tetapi berpindah ke Singapura semasa zaman persekolahan, Rashid menarik perhatian jurulatih legenda Choo Seng Quee, yang mengasuh bakat semula jadinya. Beliau mula mewakili pasukan junior dan belia termasuk menjadi kapten Sekolah Asia Singapura dan penjaga gol untuk pasukan Melayu Singapura. Beliau menggelarkan Seng Quee sebagai salah seorang jurulatih kegemarannya bersama Abdul Ghani Minhat.

Setelah kembali ke Malaysia, Rashid menyertai pasukan Selangor dari tahun 1975 hingga 1979 dan berjaya memenangi Piala Malaysia tiga kali – 1975, 1976 dan 1978. Apabila beliau menyertai Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) pada tahun 1982, Rashid membantu pasukannya menjulang Piala Malaysia tiga tahun berturut-turut dari tahun 1987-89. Pada tahun 1988, Kuala Lumpur juga memenangi Piala Sumbangsih dan dinobatkan juara Liga Malaysia.

Bersama Harimau Malaya, Rashid telah membuat 41 penampilan antarabangsa antara tahun 1975 dan 1989. Satu detik yang tidak dapat dilupakan pada awal kerjayanya adalah apabila beliau berjaya menyelamatkan tiga sepakan penalti pada separuh akhir Piala Raja Thai 1976, di mana Malaysia menang menentang Korea Selatan 1-1 (3-2 pen). Beliau juga telah memenangi dua pingat emas di Sukan SEA pada tahun 1977 dan 1989. Pada perlawanan akhir Sukan SEA 1977, Rashid berjaya mencatatkan perlawanan tanpa bolos selepas Malaysia mengalahkan Thailand 2-0.

Rashid bersara daripada bermain bola sepak pada tahun 1993, dengan PDRM sebagai pasukan terakhirnya. Namun, dedikasi beliau terhadap sukan itu mengekalkannya dalam kancah bola sepak negara apabila beliau kemudiannya menjadi jurulatih penjaga gol Selangor dalam Liga Perdana 1995.

Semoga Rashid Hassan sentiasa berada dalam dalam keadaan sihat walafiat dan segala pencapaian serta pengorbanan beliau terus menjadi inspirasi bagi generasi muda dan yang akan datang.

//

Legasi Lagenda would like to wish a happy 72nd birthday to legendary Malaysian goalkeeper, Rashid Hassan. 

Born in Melaka, but moved to Singapore during his formative years, Rashid was spotted by legendary coach Choo Seng Quee, who took him under his wing. He began representing junior and youth teams including being captain of Singapore Asian Schools and goalkeeper for Singapore Malays. He calls Seng Quee one of his favourite coaches, alongside Abdul Ghani Minhat. 

Upon returning to Malaysia, Rashid made his big break joining Selangor from 1975 to 1981, winning the Malaysia Cup three times – 1975, 1976 and 1978. After joining Federal Territory (Kuala Lumpur) in 1982, Rashid helped his team lift the Malaysia Cup three years in a row from 1987-89. In 1988, Kuala Lumpur also won the Malaysia Charity Shield and were Malaysian League champions.

Rashid earned 41 caps during his international career with Harimau Malaya between 1975 and 1989. A memorable highlight early on in his career was being able to save three penalties during the 1976 Thai King’s Cup semi-final, where Malaysia won against South Korea 1-1 (3-2 pen.) He also won two gold medals at the SEA Games in 1977 and 1989. At the 1977 SEA Games final, Rashid produced a clean sheet after Malaysia defeated Thailand 2-0. 

Rashid retired from playing football in 1993, with PDRM being his last team, but his love for the sport kept him in the scene as he went on to be Selangor’s goalkeeper coach in the 1995 Premier League. 

We hope that Rashid Hassan remains in good health and that all of his successes and sacrifices will be an inspiration for generations to come.

Leave A Reply

Your email address will not be published.