Kebangkitan Semula Selangor di Piala Malaysia 1978

Selangor telah menjuarai Piala Malaysia sebanyak 33 kali sejak edisi pertama. 

Selangor dan Singapura merupakan musuh tradisi sejak pertemuan di perlawanan akhir sulung pada tahun 1921, malah pernah berkongsi trofi yang diidamkan dua kali pada tahun 1928 dan 1929, dan ia berterusan selama beberapa dekad.

Pada tahun 1970an, setelah mengalahkan Singapura pada peringkat akhir dua tahun berturut-turut pada tahun 1975 dan 1976, prestasi Selangor mengecewakan apabila tewas kepada Singapura 2-4 secara agregat di separuh akhir edisi 1977. Pada tahun berikutnya, tekanan bertambah bagi pasukan Merah Kuning untuk bangkit semula. 

Selepas permulaan musim yang tidak memberangsangkan, peminat pada masa itu tidak percaya apabila Selangor berjaya mara ke peringkat akhir. Sekali lagi menunggu mereka untuk merebut Piala Malaysia merupakan juara bertahan, Singapura. Di stadium keramat, Stadium Merdeka, Selangor menjadi pasukan pilihan untuk menjulang trofi.

Dalam perjalanan ke peringkat akhir, Selangor dikatakan mempunyai kesebelasan utama yang kuat dengan konsistensi penyerang Mokhtar Dahari dan penjaga gol Rashid Hassan, kekuatan kapten Soh Chin Ann dan Santokh Singh di benteng pertahanan, serta gabungan bahagian tengah yang baharu yang penuh pengalaman Reduan Abdullah dan Yip Chee Keong.

Singapura jelas ingin mengulangi kemenangan mereka pada tahun 1977 setelah hasil jaringan 2-1 pada separuh masa pertama melalui Hasli Ibrahim dan Quah Kim Song manakala Remeli Junit memberi Selangor gol pertama mereka. Pada separuh masa kedua, Selangor bermain lebih agresif dan berjaya menyamakan kedudukan dengan gol daripada Chin Ann pada minit ke-76. 

Dengan baki empat minit, John Engkatesu menjaringkan gol pertamanya bagi Selangor untuk perlawanan tersebut sebelum Remeli Junit memastikan kemenangan dengan gol keduanya. Selangor dinobatkan juara Piala Malaysia sekali lagi setelah menewaskan Singapura 4-2.

(Sumber foto asal: Dunia Sukan)

//

Selangor’s Comeback at the 1978 Malaysia Cup

Selangor has won the Malaysia Cup 33 times since its inception. 

Selangor and Singapore were longtime rivals since meeting at the finals of the inaugural edition, even sharing the coveted trophy twice in 1928 and 1929, and it would go on for decades. 

In the 1970s, after defeating Singapore in the finals two years in a row in 1975 and 1976, it was a disappointment to see Selangor losing to Singapore 4-2 on aggregate in the 1977 semi-finals. Pressure was on the following year for the Red Giants to stage a comeback. 

After their lackluster start in the season, fans at the time could not believe that Selangor advanced to the finals. Once again awaiting them to fight for the Malaysia Cup were defending champions, Singapore. As the finals approached at Merdeka Stadium, Selangor were the favourites to win. 

By the time Selangor reached the finals, they were said to have a strong first eleven with striker Mokhtar Dahari and goalkeeper Rashid Hassan in strong form, captain Soh Chin Ann and Santokh Singh on defence, as well as a new but solid midfield combination of Reduan Abdullah and Yip Chee Keong. 

Singapore was clearly looking to repeat their 1977 victory leading 2-1 at halftime through goals from Hasli Ibrahim and Quah Kim Song while Selangor landed their first goal through Remeli Junit. In the second half, Selangor fought more dominantly and clinched the equaliser through Chin Ann in the 76th minute. 

In the final minutes of the game, John Engkatesu scored his first goal of the match for Selangor before Remeli Junit secured their win with his second. Selangor were once again Malaysia Cup champions after defeating Singapore 4-2.

Leave A Reply

Your email address will not be published.