Wong Choon Wah – “Midfield Maestro”
Klik di sini untuk bahagian satu
“Saya anggap Wong Choon Wah, perancang berkaki kidal, sebagai pemain terbaik. Apabila dia mendapat bola, cukup susah hendak rampas daripada kakinya. Di kemuncak kerjayanya, Choon Wah adalah bintang yang menjadi daya tarikan dek gaya geleceknya, umpanannya, lariannya dan pembacaan permainan.” – Dato’ Shukor Salleh, dipetik daripada buku Legasi Lagenda, Dato’ Shukor Salleh – Jeneral Padang
Khidmat bola sepak Wong Choon Wah terus bersinar pada 1971 apabila Malaysia menjuarai kejohanan Pra-Olimpik di Seoul. Kemuncak kariernya sudah tentulah apabila dapat beraksi di Sukan Olimpik pada tahun 1972. Beliau pernah berkata bahawa mewakili Malaysia di pentas tertinggi itu adalah satu kebanggaannya secara peribadi. Choon Wah bermain dalam ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan menentang Jerman Barat, Amerika Syarikat dan Morocco.
Sejurus pulang dari Munich, beliau melangkah menjadi pemain profesional setelah menerima tawaran daripada kelab South China. Walaupun cuma beraksi semusim bersama kelab Hong Kong itu, beliau telah tersenarai sebagai pemain-pemain yang terawal berstatus profesional. Choon Wah terus mencurah keringat kepada negara sekembalinya dari Hong Kong dan membantu pasukan negara menjuarai kejohanan tertua Asia, Pestabola Merdeka 1973 dan 1975.
Kecederaan buku lali yang dialaminya semasa latihan pada awal tahun 1976 menyebabkan beliau tidak dapat dapat bermain selama selama enam bulan dan terlepas peluang beraksi di Pestabola Merdeka tahun tersebut. Namun, dengan semangat kental yang ada dirinya, beliau kembali mewakili Malaysia buat kali terakhir di Kelayakan Piala Dunia 1978 (Kumpulan 1 AFC & OFC) yang diadakan pada awal tahun 1977.
“Harapan kami untuk kejohanan ini sudah habis tetapi satu perkara yang saya kagum adalah semangat semua kawan-kawan saya dalam perlawanan. Mereka tidak pernah lupa untuk berbakti kepada negara. Tetapi kita kalah, sungguh malang.” – kata-kata Choon Wah yang dipetik daripada temu bual dengan surat khabar tempatan setelah Malaysia gagal untuk layak ke perlawanan akhir peringkat kumpulan.
Maestro genius Wong Choon Wah meninggal dunia akibat serangan jantung pada awal pagi Jumaat 31 Januari 2014, hari pertama Tahun Baharu Cina. Ketika itu beliau berusia 67 tahun.
Sama-sama kita hargai khidmat bakti beliau kepada bola sepak tanah air. Semoga segala pengorbanan dan kejayaan beliau menjadi inspirasi kepada generasi baharu dan akan datang.
//
Wong Choon Wah’s football career continued to shine in 1971 when Malaysia won the Pre-Olympic tournament in Seoul. The highlight of his career was being able to play at the 1972 Munich Olympic Games. He once said that representing Malaysia at a stage that high was a personal prideful moment for him. Choon Wah played in all three group stage matches against West Germany, the United States and Morocco.
Immediately after returning from Munich, he turned professional after receiving an offer from South China FC. Despite only playing for a season with the Hong Kong club, he was listed as one of the earliest players to earn professional status. Choon Wah continued to pour sweat for the country upon his return from Hong Kong and helped the national team win the oldest invitational Asian football tournaments, the Merdeka Tournament, in 1973 and 1975.
An ankle injury he suffered during training in early 1976 caused him to be unable to play for six months and thus, he missed the Merdeka Tournament for that year. However, with strong spirits, he returned to represent Malaysia for the last time at the 1978 World Cup Qualifiers (AFC & OFC Group 1) held in early 1977.
“Our hopes for this tournament are over but one thing that I was impressed with was the spirit of all my friends in the matches. They never forgot that they were here to represent the country. However, we lost, and it was unfortunate.” – Choon Wah’s words quoted from an interview with a local newspaper after Malaysia failed to qualify for the group stage final.
The midfield maestro passed away from a heart attack in the early morning of 31 January 2014, the first day of Chinese New Year. He was 67 years old at the time.
Let us all appreciate his service to the country’s football. May all his sacrifices and successes be an inspiration to the young and future generations.