Legasi Lagenda @ Hari Legasi Merah Kuning
Legasi Lagenda bersukacita dan berbesar hati menjadi sebahagian daripada sambutan Hari Legasi Merah Kuning yang diadakan di Stadium Merdeka pada 15 Februari 2026.
Sambutan tersebut mempertengahkan majlis pelancaran buku Gemilang: Sejarah Sejarah Perjalanan Bola Sepak Selangor, sebuah inisiatif Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah, dengan keuntungan jualan buku disalurkan ke Tabung Kebajikan Veteran Selangor.
Pihak kami amat berterima kasih atas peluang daripada Selangor FC apabila diminta untuk meminjam beberapa memorabilia daripada arkib Legasi Lagenda untuk pameran sejarah mereka, termasuk jersi Selangor FA 1967 yang jarang ditemui.
Jersi ini pada asalnya dipakai oleh Ibrahim Mydin di Kejohanan Juara Kelab Asia 1967 yang sulung, di mana Selangor muncul sebagai naib juara setelah tewas 2-1 kepada Hapoel Tel Aviv pada perlawanan akhir. Daripada arkib kami, pingat perak 1967 serta pingat komemoratif dari edisi 1970 turut dipamerkan.
Legasi Lagenda juga membentangkan program sukan perlawanan akhir Piala Malaya 1963 antara Selangor dan Pulau Pinang. Selangor menjulang piala itu buat kali ke-13 selepas menewaskan Pulau Pinang 6-2 menerusi gol daripada legenda-legenda Abdul Ghani Minhat, Arthur Koh dan Stanley Gabrielle.
Sekali lagi kami mengucapkan terima kasih kepada Selangor FC atas peluang yang diberikan dan berharap dapat bekerjasama lagi pada masa hadapan dalam usaha kami untuk mendekatkan rakyat Malaysia dengan sejarah sukan tanah air.
(Foto pertama menunjukkan jersi dipakai oleh Ibrahim Mydin (tiga dari kiri) di Piala Malaysia 1968)
Legasi Lagenda was honoured to be a part of Hari Legasi Merah Kuning celebrations held at Merdeka Stadium yesterday on 15 February 2026.
The event featured the book launch and sale of Gemilang: Sejarah Sejarah Perjalanan Bola Sepak Selangor, an initiative by His Royal Highness, Sultan Sharafuddin Idris Shah, with profits going to the Selangor Veterans Welfare Fund.
We are grateful for the opportunity from Selangor FC after being asked to loan a few items for their historical exhibition, including a rare 1967 Selangor FA jersey.
This jersey originally was worn by Ibrahim Mydin at the inaugural 1967 Asian Champion Teams Tournament, where Selangor emerged as runners-up after a 2-1 defeat to Hapoel Tel Aviv in the final. Also from our archive, the 1967 silver medal was on display as well as a commemorative medal from the 1970 edition.
Alongside them, Legasi Lagenda presented the sports programme from the 1963 Malaya Cup final between Selangor and Penang. Selangor lifted the cup for the 13th time after defeating Penang 6-2 through goals by legends Abdul Ghani Minhat, Arthur Koh and Stanley Gabrielle.
Once again we thank Selangor FC for the opportunity and hope to work together again soon in the future in our efforts to bring Malaysians closer with our nation’s sports history.
(First photo shows Ibrahim Mydin (third from left) donning the jersey at the 1968 Malaysia Cup)