Selamat Hari Lahir ke-77, Dato’ Shukor Salleh!
“Dulu dalam padang, saya yang paling bising sekali. Saya bagi arahan untuk membantu pemain, macam jeneral di padang.” – DATO’ SHUKOR SALLEH
Legasi Lagenda mengucapkan selamat hari kelahiran ke-77 kepada legenda bola sepak negara, Dato’ Shukor Salleh! Semoga Dato’ dianugerahkan dengan kesihatan yang baik dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.
Sebagai pemain mahupun jurulatih, Dato’ Shukor telah meraih banyak kejayaan sejak kerjaya bola sepak beliau bermula pada tahun 1966. Pada masa itu, beliau menyertai skuad belia Pulau Pinang untuk bertanding di Piala Burnley.
Pada tahun 1971, Dato’ Shukor diserapkan dalam skuad Harimau Malaya dan terus berjasa demi bola sepak negara sehingga tahun 1981. Bersama pasukan kebangsaan, Dato’ Shukor telah mencapai sebanyak 163 caps dan meraih kejayaan di Pestabola Merdeka, Sukan SEA serta pingat gangsa di Sukan Asia 1974.
Detik terindah beliau sebagai seorang pemain bola sepak ialah apabila Malaysia layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980. Namun, pencapaian itu menjadi satu kenangan pahit manis kerana kerajaan Malaysia telah membuat keputusan untuk memulaukan temasya sukan tersebut dan hasrat mereka untuk bermain di pentas Olimpik tidak kesampaian.
Dalam kata-kata beliau sendiri, Dato’ Shukor menggambarkan pasukan Pra-Olimpik 1980 seperti berikut:
“Dengan James yang sedang bersinar waktu itu, kepantasan Hassan Sani, kekuatan fizikal Khalid Ali, dan daya kepimpinan Chin Aun, Santokh dan saya, kami memiliki resepi kejayaan yang lengkap.”
Kenalilah Dato’ Shukor Salleh dengan lebih mendalam serta sejarah zaman keemasan bola sepak Malaysia dalam penerbitan sulung Legasi Lagenda, DATO’ SHUKOR SALLEH – JENERAL PADANG.
Sempena hari kelahiran beliau, Legasi Lagenda menawarkan buku Dato’ Shukor Salleh – Jeneral Padang dengan harga promo RM145 (NP: RM160) sepanjang bulan Disember ini untuk peminat bola sepak Malaysia.
Dapatkan sekarang hanya di https://legasilagenda.com/shop
#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#MuziumSukanMalaysia
#GaleriHarimauMalaya
#harimaumalaya
“Back then, I was the loudest on the pitch. I gave orders to help players. I was like a general on the field.” – DATO’ SHUKOR SALLEH
Legasi Lagenda wishes national football legend Dato’ Shukor Salleh a happy 77th birthday. May he remain in good health and always be blessed under the protection of Allah SWT.
As both player and a coach, Dato’ Shukor has reaped many successes since his football career began in 1966. At the time, he was selected to join Penang’s youth squad to compete for the Burnley Cup.
Dato’ Shukor became part of Harimau Malaya in 1971 and continued to contribute to the national team until he retired in 1981. He has a total of 163 international caps including achievements at the Merdeka Tournament and SEA Games, as well as winning a bronze medal at the 1974 Asian Games.
A momentous occasion for him was when Malaysia qualified for the 1980 Moscow Olympic Games. However, it became bittersweet as the Malaysian government decided to boycott the Games and their dream of playing on the Olympic stage was squashed.
In his own words, Dato’ Shukor described the 1980 Pre-Olympic team as such:
“With James as a star at the time, Hassan Sani’s speed, Khalid Ali’s physical strength, and the leadership displayed from Chin Ann, Santokh and myself, we had the perfect recipe for success.”
Get a deeper look into the life of Dato’ Shukor Salleh and the golden era of Malaysian football in Legasi Lagenda’s publication debut, DATO’ SHUKOR SALLEH – JENERAL PADANG.
In celebration of his birthday, Legasi Lagenda is offering Dato’ Shukor Salleh – Jeneral Padang with a promo price of RM145 (NP: 160) throughout the month of December for all Malaysian football fans.
Get yours now at https://legasilagenda.com/shop