Bintang Baharu 1964 – M. Karathu
Pada keluaran Julai 1964, FAM News mendedahkan seorang pemain muda yang dijangka akan menjadi pemain yang cemerlang dan meraih banyak kejayaan pada masa hadapan. Beliau merupakan Dato’ M. Karathu.
Dalam edisi tersebut, antara yang ditulis tentang bintang muda itu termasuk:
“M. Karathu, 19 tahun, berasal dari Taiping, Perak. Bertubuh kecil yang bijak mencari ruang di atas padang. Mempunyai tendangan kaki kiri yang padu.”
M. Karathu mula mewakili pasukan negara pada tahun 1964 di Kejohanan Belia AFC dan pada tahun yang sama beliau berjaya menembusi skuad senior untuk Pestabola Merdeka.
M. Karathu berada dalam skuad yang merampas semula kejuaraan Pestabola Merdeka 1968 yang kali terakhir dimenangi pada tahun 1960. Bersama Perak FA, M. Karathu telah menjuarai Piala Malaysia pada tahun 1967 dan sekali lagi pada 1970 selaku ketua pasukan. Namun, pada tahun 1970 juga beliau terpaksa bersara awal akibat kecederaan lutut yang ditanggung sejak Pestabola Merdeka 1967.
Oleh sebab kecintaan yang mendalam dalam bola sepak, beliau terus melibatkan diri dalam bidang kejurulatihan. Bakat semula jadi beliau terserlah setelah berjaya membawa pasukan belia Perak menjuarai Piala Burnley 1971.
Beliau seterusnya menjadi jurulatih untuk beberapa pasukan termasuk Perak FA, Kelantan FA, Negeri Sembilan FA, dan Malaysia B serta pasukan luar negara seperti Sri Lanka dan Woodlands Wellington FC dari Singapura. M. Karathu kembali melatih Perak buat kali terakhir pada akhir tahun 2014 hingga 2015. Kejayaan terbesar sebagai jurulatih pasukan lama beliau adalah apabila mereka menjuarai Piala FA yang sulung pada 1990.
Memang tepatlah jangkaan, M. Karathu telah membuktikan bahawa beliau bukan sahaja berjaya dengan gayanya sebagai pemain malah cemerlang sebagai jurulatih.
Kami sangat menghargai segala jasa beliau dalam dunia bola sepak Malaysia. Semoga Dato’ M. Karathu kekal berada dalam keadaan sihat dan terus menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.
//
In the July 1964 issue, FAM News showcased an up and coming player who was expected to develop into an excellent player and one who would achieve plenty of success in the future. That player was M. Karathu.
Among what was written about him include:
“M. Karathu. 19 years old from Taiping, Perak. A small built player with uncanny positioning. Packs a powerful shot with his left foot.”
M. Karathu began representing Malaysia in 1964 at the AFC Youth Championship and in the same year, he successfully joined the senior team for the Merdeka Tournament.
He was in the squad that brought home the 1968 Merdeka Tournament trophy, which was last won in 1960. With Perak FA, Karathu won the Malaysia Cup in 1967 and once again in 1970, where he was captain. However, also in 1970, he was forced to retire early due to a knee injury sustained at the 1967 Merdeka Tournament.
Due to his passion for football, he continued his involvement in the field of coaching. His natural talent became evident after successfully leading the Perak youth squad to win the 1971 Burnley Cup.
He went on to coach several teams including Perak FA, Kelantan FA, Negeri Sembilan FA and Malaysia B as well as foreign teams Sri Lanka and Singapore’s Woodlands Wellington FC, before returning to Perak for the last time at the end of 2014 to 2015. His greatest achievement as coach for his old team was when they won the inaugural FA Cup in 1990.
M. Karathu has proven that he was not only successful as a skillful player but also excelled as a coach.
Dato’ M. Karathu’s contributions to Malaysian football is greatly appreciated. We hope that he remains in good health and continues to be an inspiration for generations to come.