Harimau Malaya di Kejohanan AFF – Piala Tiger 1996
Pada tahun 1996, Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) membuat keputusan untuk menganjur sebuah kejohanan bola sepak baharu untuk menentukan pasukan terbaik di Asia Tenggara. Sebelum ini, pemenang pingat emas Sukan SEA dianggap sebagai juara rantauan. Oleh itu, Kejohanan AFF dibangunkan dan diadakan pada tahun berselang-seli dengan Sukan SEA.
Kejohanan AFF dinamakan ‘Piala Tiger’ dari 1996 hingga 2004 kerana ditaja oleh Asia Pacific Breweries Ltd. Pada edisi pertama, kesemua 10 negara Asia Tenggara dijemput untuk bertanding sebagai tanda solidariti dan Singapura dipilih sebagai tuan rumah.
Setelah menduduki tempat ke-4 dalam peringkat kumpulan di Sukan SEA 1995, pasukan Malaysia teruja untuk bermain lagi. Bekas pemain Harimau Malaya, Wan Jamak Wan Hassan dilantik sebagai jurulatih baharu dengan harapan untuk menaikkan prestasi pasukan kebangsaan. Wan Jamak hanya menjemput dua pemain berpengalaman, Zainal Abidin Hassan dan Dollah Salleh, untuk berganding dengan pemain muda yang bersemangat dan dahagakan kejayaan.
Malaysia diletakkan dalam Kumpulan B bersama tuan rumah Singapura, juara Sukan SEA Thailand, Brunei dan Filipina. Pada perlawanan pertama, Malaysia tercabar dengan menentang Singapura. Pasukan kebangsaan mengejutkan semua apabila pemain tengah K. Sanbagamaran menjaringkan gol pertama pada minit ke-76. Namun, Fandi Ahmad berjaya menyamakan gol seminit sebelum wisel penamat ditiup.
Malaysia seterusnya menewaskan Filipina 7-0 dengan jaringan hatrik oleh K. Sanbagamaran, dan dua gol daripada Shamsurin Abdul Rahman, manakala Azman Adnan dan M. Chandran masing-masing menjaring satu gol. Dengan Thailand pula, Malaysia seri 1-1 selepas jaringan gol ketua pasukan Zainal Abidin Hassan menerusi sepakan percuma pada minit ke-59. Mereka juga menumpaskan Brunei 6-0 menerusi jaringan daripada Sanbagamaran, Shamsurin, Chandran (2) dan Anuar Abu Bakar (2).
Setelah menduduki tempat kedua dalam Kumpulan B, Malaysia mara ke peringkat separuh akhir di mana mereka bertemu Indonesia yang telah menduduki tempat pertama dalam Kumpulan A. Malaysia mendahului perlawanan dengan dua gol dari Sanbagamaran dan Rosdee Sulong pada separuh masa pertama. Namun, gol sendiri Azmil Azali meningkatkan keyakinan Indonesia. Akhirnya, Malaysia berjaya memperoleh gol ketiga pada minit ke-76 melalaui Shamsurin yang membawa mereka ke perlawanan akhir.
Menanti Malaysia di perlawanan akhir ialah Thailand, juara Sukan SEA 1995. Walaupun Malaysia berjuang dengan penuh semangat untuk merebut trofi yang diidamkan, Thailand sekali lagi membuktikan bahawa mereka pasukan bola sepak terbaik di Asia Tenggara dengan kemenangan 1-0. Bagaimanapun, Zainal Abidin Hassan mendapat gelaran ‘Pemain Paling Bernilai’ (MVP) sepanjang kejohanan dan pasukan Malaysia merupakan pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dengan 18 gol.
Skuad Harimau Malaya: Khairul Azman, Muadzar Mohd, Zainal Abidin Hassan, Zami Mohd Noor, B. Rajanikandh, Faizal Zainal, Azmil Azali, Mohd Nazri Yunus, Mohd Raizuwah Idris, K. Sanbagamaran, Dollah Salleh, Yap Wai Loon, Mohd Rizal Sukiman, Idris Abdul Karim, M. Chandran, Azman Adnan, Rosdee Sulong, Anuar Abu Bakar, Shamsurin Abdul Rahman
//
Harimau Malaya at the AFF Championships – 1996 Tiger Cup
In 1996, the ASEAN Football Federation (AFF) organised a new football-exclusive tournament to determine the best team in South East Asia. Before this, the SEA Games gold medallist was considered to be the region’s champion. As such, the AFF Championship would be held in alternate years to the SEA Games.
From 1996 until 2004, the tournament was called the Tiger Cup as it was sponsored by Asia Pacific Breweries Ltd. For its first edition, all 10 nations of South East Asia were invited to compete to foster ASEAN solidarity with Singapore chosen as hosts.
After finishing 4th in the group stage of the 1995 SEA Games, the Malaysian team was grateful to have another opportunity to prove themselves worthy once again. Former Harimau Malaya player Wan Jamak Wan Hassan was appointed as their new coach in hopes of lifting their performance. He only brought two well-experienced players, Zainal Abidin Hassan dan Dollah Salleh, into a mix of hungry and spirited younger players.
Malaysia was placed in Group B with hosts Singapore, SEA Games champion Thailand, Brunei and the Philippines. In their first match, Malaysia went up against Singapore and surprised everyone when midfielder K. Sanbagamaran scored the first goal in the 76th minute. However, Fandi Ahmad scored the equaliser a minute before full time.
Malaysia went on to defeat the Philippines 7–0 with a hat trick by K. Sanbagamaran and further goals by Azman Adnan, M. Chandran and Shamsurin Abdul Rahman (2). They drew 1–1 with Thailand after an equalising goal from the team’s captain, Zainal Abidin Hassan, before obliterating Brunei 6–0 through goals by K. Sanbagamaran, Shamsurin, M. Chandran and Anuar Abu Bakar.
After placing second in Group B, Malaysia advanced to the semi-finals where they met Indonesia, who placed first in Group A. Malaysia took an early lead after two goals by Sanbagamaran and Rosdee Sulong in the first half before Azmil Azali’s own goal gave Indonesia a boost of confidence. Nevertheless, Malaysia managed to secure their third in the 76th minute through Shamsurin, leading them to the final match.
Awaiting Malaysia at the final match were SEA Games Champions, Thailand. While Malaysia fought hard to claim the Tiger Cup, Thailand proved once again that they were the best football team of South East Asia with a 1–0 win. However, Malaysia’s perseverance did not go unnoticed. Zainal Abidin Hassan proved that he was still one of the best players by being named MVP of the tournament. The team also scored the most number of goals at 18.
Harimau Malaya: Khairul Azman, Muadzar Mohd, Zainal Abidin Hassan, Zami Mohd Noor, B. Rajanikandh, Faizal Zainal, Azmil Azali, Mohd Nazri Yunus, Mohd Raizuwah Idris, K. Sanbagamaran, Dollah Salleh, Yap Wai Loon, Mohd Rizal Sukiman, Idris Abdul Karim, M. Chandran, Azman Adnan, Rosdee Sulong, Anuar Abu Bakar, Shamsurin Abdul Rahman