Dalam kenangan – Dato’ M. Kupan (1936-2021)
Hari ini kami memperingati Dato’ M. Kupan pada hari lahir beliau, yang meninggal dunia akhir tahun lalu.
Dilahirkan pada tahun 1936, mendiang M. Kupan mula bermain bola sepak di liga Pulau Pinang bersama kelab Indian Blue Cross. Beliau kemudian mewakili kelab majikan beliau, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, yang dahulu dikenali dengan nama Ferry Youngsters.
Kupan membuat debut dalam pertandingan Piala Malaya untuk pasukan Pulau Pinang pada tahun 1958 dan dapat bermain pada perlawanan akhir, di mana Pulau Pinang memenangi kejohanan tersebut dengan menewaskan Singapura 2–0 dalam final ulangan setelah seri 3–3 pada perlawanan akhir pertama. Kupan dikatakan sebagai “penemuan musim” tersebut dan mempunyai masa depan yang gemilang dalam dunia bola sepak.
Kupan tentunya membuktikan bakat beliau. Beliau bukan sahaja meraih kejayaan sebagai pemain, malah beliau meneruskan kerjaya bola sepak dengan melatih generasi seterusnya. Kupan mendidik dan mengasah bakat ramai legenda zaman keemasan bola sepak seperti Allahyarham Mokhtar Dahari, Shukor Salleh dan Soh Chin Ann.
Semoga segala kejayaan Kupan yang diraih dengan keazaman dan pengorbanan beliau akan sentiasa diingati dan menjadi inspirasi oleh generasi yang akan datang.
Foto kiri menunjukkan Dato’ M. Kupan di Piala Malaya 1958, manakala foto kanan dirakam hampir 10 tahun kemudian, semasa lawatan pasukan Pulau Pinang ke Medan, Indonesia.
#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#MuziumSukanMalaysia
#muziumharimaumalaya
#harimaumalaya
//
Today we remember Dato’ M. Kupan on his birthday, who passed away late last year.
Born in 1936, he first played football in the Penang league when he joined Indian Blue Cross. He then joined his employer’s club, Penang Port Commission, formerly known as Ferry Youngsters.
He made his Malaya Cup debut at the 1958 edition, where he played in the final match. Penang defeated Singapore 2–0 in the final replay after a 3-3 draw in the first final match. Kupan was said to be the “find of the season”, noting that he had a great future ahead of him in football.
And so he did. Not only did he achieve success as a player, he continued his football career by coaching the next generation. He trained and molded the talents of many legendary football players during Malaysia’s golden era, including Mokhtar Dahari, Shukor Salleh and Soh Chin Ann.
We hope that his achievements brought by his determination and sacrifices will always be remembered by future generations.