Piala AFC 2022 – Dua kelab bola sepak negara layak ke peringkat seterusnya
Wakil Malaysia, Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Kuala Lumpur (KL) City FC berjaya layak ke separuh akhir Zon Asia Tenggara, Piala AFC 2022.
KDA FC layak sebagai juara Kumpulan G, setelah mengalahkan Visakha FC 5-1 dan Kaya FC 4–1 dan tewas 0–2 kepada Bali United.
Sementara itu, KL City FC yang berada pada kedudukan kedua Kumpulan H, layak setelah muncul sebagai salah satu daripada tiga pasukan kedua terbaik untuk mengiringi juara kumpulan PSM Makassar.
Pada peringkat separuh akhir nanti, KDA FC akan bertemu PSM Makassar, manakala KL City FC akan berentap dengan Viettel FC pada 9hb dan 10hb Ogos 2022.
KL City FC mengalahkan Tampines Rovers 2–1 di aksi terakhir yang berlangsung pada 1hb Julai 2022 di Stadium KLFA, Cheras. Sebelum itu, KL City FC seri 0–0 dengan PSM Makassar.
Di sini kami paparkan galeri foto perlawanan yang melibatkan KL City FC.
#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#MuziumSukanMalaysia
#muziumharimaumalaya
//
Representing Malaysia, Kedah Darul Aman (KDA) FC and Kuala Lumpur (KL) City FC successfully qualified for the Southeast Asia Zone semi-finals of the 2022 AFC Cup.
KDA FC qualified as Group G champions, after defeating Visakha FC 5-1 and Kaya FC 4–1 and losing 0–2 to Bali United.
Meanwhile, KL City FC, who placed second in Group H, qualified after emerging as one of the best second place teams, accompanying group champions PSM Makassar.
In the semi-finals, KDA FC will meet PSM Makassar, while KL City FC will face Viettel FC on 9th and 10th August 2022 respectively.
KL City FC defeated Tampines Rovers 2–1 in their last match, which took place on July 1st, 2022 at the KLFA Stadium in Cheras. Before that, KL City FC drew 0–0 with PSM Makassar.
Here we display a photo gallery of the matches involving KL City FC.