Malaya di Kejohanan All England – 1950an

Setelah tamat Perang Dunia Kedua, Malaya menghantar pasukan badminton untuk bertanding di kejohanan All England buat kali pertama pada tahun 1949. Pada tahun itu, pemain Malaya sudah bersedia untuk bertarung di pentas antarabangsa dan menunjukkan penguasaan mereka. Gandingan Ooik Teik Hock & Teoh Seng Khoon menjuarai beregu lelaki. Ooi Teik Hock mengintai kemenangan perseorangan lelaki juga tetapi tewas kepada Dave Freeman (1-15, 6-15) dalam perlawanan akhir. Pemain harapan Malaya, Wong Peng Soon, telah tewas kepada Dave Freeman pada perlawanan separuh akhir. 

Namun, Wong Peng Soon merupakan juara perseorangan lelaki di All England pada tahun berikutnya, dan tiga kali lagi pada 1951, 1952, dan 1955. Beliau adalah pemain Asia yang pertama untuk menjuarai kejohanan tersebut. 

Malaya terus mendominasi All England pada 1950-an dan berjaya digelar juara badminton beberapa kali sepanjang dekad itu. Pada tahun 1951, David dan Eddy Choong memulakan rentak kemenangan dalam acara beregu untuk tiga tahun berturut-turut. All England 1951 juga menyaksikan perlawanan akhir antara Malaya bagi perseorangan lelaki dan beregu lelaki. Wong Peng Soon menewaskan Ong Poh Lim (15-18, 18-14, 15-7), manakala David & Eddy Choong menewaskan Ong Poh Lim & Ismail Marjan (9-15, 15-7, 15-10). 

Pada tahun 1953, Eddy Choong menjadi juara All England buat kali pertamanya setelah menewaskan pemain Malaya, Johnny Heah (15-4, 15-4). Ia merupakan kemenangan berganda bagi Eddy Choong yang turut menjadi juara beregu bersama abangnya, David. 

Pada masa itu, juara bertahan Wong Peng Soon mengambil kesempatan untuk berehat selama dua tahun daripada menyertai All England. Pada tahun yang sama, beliau meninggalkan Persatuan Badminton Malaya (BAM) dengan hasrat untuk menjadi pemain profesional. Kisah mirip zaman sekarang tetapi kami akan simpan kisah tersebut untuk hari lain. 

Eddy Choong terus menjuarai perseorangan lelaki di All England tiga kali lagi pada 1954, 1956 dan 1957. Wong Peng Soon kembali ke All England pada tahun 1955 untuk kemenangan ketiga, mengganggu rentak Eddy Choong (15-7, 14-17, 15-10) dalam perlawanan akhir yang tamat setelah 70 minit. Pada usia 37 tahun, Wong Peng Soon mencipta sejarah sebagai juara tertua All England. Beliau bersara tidak lama kemudian pada tahun itu. 

1950-an juga menyaksikan ramai pemain Malaya menyinar dalam beregu lelaki di All England. Gandingan legenda Piala Thomas, Ooi Teik Hock & Ong Poh Lim menjadi juara 1954, menewaskan David & Eddy Choong (18-16, 15-12). Pada tahun 1957, Johnny Heah berganding dengan Joe Alston dari Amerika Syarikat dan mereka juga menewaskan adik-beradik Choong (15-10, 16-17, 15-5) dalam perlawanan akhir. Dekad itu berakhir dengan Lim Say Hup & Teh Kew San menjamin satu lagi kemenangan untuk Malaya, dengan menjuarai beregu lelaki All England 1959. 

Bagaimana pula Malaysia di All-England pada tahun 1960an, 70an, dan seterusnya? Nantikan paparan kami yang akan datang. 

//

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#MuziumSukanMalaysia
#AllEngland2022

Malaya at the All England Open Championships – 1950s

After World War II ended, Malaya sent their badminton team to compete at the 1949 All-England tournament for the first time. By then, Malaya had sharpened their team and was ready to show their dominance. Ooi Teik Hock & Teoh Seng Khoon won the Men’s Doubles title. Ooi Teik Hock was eyeing a second title but lost to Dave Freeman (1-15, 6-15) in the final round of Men’s Singles. Malayan hopeful Wong Peng Soon also lost to Freeman prior in the semi-finals. 

Nevertheless, Wong Peng Soon would go on to win the All-England Men’s Single title the following year and three more in 1951, 1952 and 1955. He was the first Asian player to win the title.

Malaya continued to dominate All-England in the 1950s, even dubbed as the world champions of badminton several times throughout the decade. In 1951, David and Eddy Choong started their 3-year winning streak in Men’s Doubles. The 1951 edition also saw an all-Malaya final for Men’s Singles and Doubles. Wong Peng Soon ultimately defeated Ong Poh Lim (15-18, 18-14, 15-7) to preserve his streak. David & Eddy Choong started theirs by defeating Ong Poh Lim & Ismail Marjan (9-15, 15-7, 15-10). 

In 1953, Eddy Choong won his first All England Men’s Singles title after defeating fellow Malayan, Johnny Heah (15-4, 15-4) while defending champion Wong Peng Soon took a two-year break from the tournament. In the same year, he resigned from the Badminton Association of Malaya in hopes to pursue independence. A story that feels similar to current times but we will save it for another day. 

It was a double victory for Choong as he also won the Men’s Doubles title with his brother, David. Eddy Choong would go on to win three more Men’s Singles titles in 1954, 1956 and 1957. Wong Peng Soon returned to All England in 1955 to win his third title, disrupting Eddy Choong’s streak (15-7, 14-17, 15-10). It was a tough yet riveting 70-minute match for both players. At 37 years old, Wong Peng Soon made history as the oldest player to win a title and retired later that year.

The 1950s also saw more Malayans shine through Men’s Doubles. The pairing of legendary Thomas Cup players Ooi Teik Hock and Ong Poh Lim saw them winning the 1954 All England title, defeating David & Eddy Choong (18-16, 15-12). In 1957, Johnny Heah paired up with Joe Alston from the USA, also defeating the Choong brothers (15-10, 16-17, 15-5) in a nail-biting match. The decade ended with Lim Say Hup and Teh Kew San securing another Men’s Double win at the 1959 edition. 

How did Malaysia fare at All England in the 1960s, 70s, and beyond? Stay tuned for our upcoming posts. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.