#ACQ2027: Setelah empat, sisa dua perlawanan

Kelayakan Piala Asia 2027 – Pusingan Ketiga

Malaysia 2 – 0 Nepal
Malaysia 4 – 0 Vietnam
Laos 0 – 3 Malaysia
Malaysia 5 – 1 Laos
Nepal v Malaysia
Vietnam v Malaysia

Setelah empat, sisa dua perlawanan.

Hari ini, kami mengimbas kembali perjalanan pasukan Malaysia di pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 setakat ini.

Harimau Malaya masih mendahului Kumpulan F setelah mengumpul 12 mata penuh menjelang perlawanan akhir mereka bagi tahun 2025. Pasukan negara tetap kekal rekod tanpa kalah di bawah kendalian ketua jurulatih Peter Cklamovski.

Dalam sidang media pra-perlawanan Nepal lwn Malaysia, Peter Cklamovski yakin dengan pasukan Malaysia untuk meraih tiga mata tetapi mengakui cabaran Nepal dari segi fizikal dan tahap semangat perjuangan mereka.

Beliau berharap untuk memberikan satu perlawanan cemerlang yang membanggakan rakyat Malaysia dalam peluang terakhir mereka bagi tahun 2025.

Sementara itu, pemain Malaysia Dion Cools tetap bermotivasi tinggi dan berharap mereka dapat membuktikan kekuatan mereka sebagai sebuah pasukan dengan persembahan mantap di atas padang nanti.

Malaysia akan bertemu pasukan Nepal esok malam, 18 November, 9PM di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Four matches down, two to go.

Today we look back on Malaysia’s journey at the third round of the 2027 Asian Cup Qualifiers.

Harimau Malaya has topped Group F with 12 full points leading up to their last match of the year. Peter Cklamovski’s boys have yet to concede a match while under his guidance.

In the Nepal v Malaysia pre-match press conference earlier today, Coach Cklamovski is confident in his team securing another three points but admits to Nepal being a tough opponent with their physicality and fighting spirit. He hopes to deliver a game that everyone in Malaysia can be proud of as it is their last opportunity to do so in 2025.

Meanwhile, Malaysian player Dion Cools is feeling motivated and hoping to prove their strength as a team with a good performance on the pitch.

Malaysia meets Nepal tomorrow night, 18 November, 9PM at Bukit Jalil National Stadium.

Leave A Reply

Your email address will not be published.