Sekitar “Walk with Al-Sultan Abdullah: King of Sports”

Acara “Walk with Al-Sultan Abdullah: King of Sports” telah menghimpunkan legenda-legenda sukan yang pernah mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa dalam satu langkah untuk meraikan sejarah sukan tanah air dan semangat perpaduan negara. 

Inisiatif diraja tersebut berteraskan gaya hidup sihat dan dipimpin oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, bertempat di Stadium Merdeka pada 5 November 2025.

Buat pertama kali dalam sejarah, bekas atlet kebangsaan daripada pelbagai bidang sukan telah berkumpul di bawah satu bumbung di Stadium Merdeka, lokasi yang begitu bersejarah yang tercetus daripada Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman. 

Sebagai tapak keramat kemerdekaan negara pada tahun 1957, Stadium Merdeka melambangkan ketabahan serta kebanggaan Malaysia. Ia menjadi lokasi paling sesuai untuk memartabatkan legenda-legenda sukan tanah air dan menyemai semangat perpaduan komuniti. 

Antara 150 tetamu jemputan termasuk legenda bola sepak negara Datuk Wira Soh Chin Ann, Dato’ Shukor Salleh dan Datuk Santokh Singh, legenda badminton negara Datuk Rashid Sidek, bekas pelari pecut negara G. Shanti, dan Dato’ James Selvaraj, bekas ratu terjun negara Datuk Leong Mun Yee, dan Olimpian hoki Malaysia Datuk Mirnawan Nawawi dan N Sri Shanmuganathan.

Walk with Al-Sultan Abdullah: King of Sports

Image 19 of 20

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#MuziumSukanMalaysia
#galeriharimaumalaya
#harimaumalaya

The Walk with Al-Sultan Abdullah: King of Sports event brought together sporting legends and veterans who have represented Malaysia in various fields, in a step to celebrate Malaysia’s rich sporting heritage and unity spirit. 

The wellness-inspired royal engagement led by Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah was held at the Stadium Merdeka on November 5, 2025.

For the first time, Malaysian athletes from various sports gathered under one roof at Stadium Merdeka, the historic venue proposed by Malaysia’s first Prime Minister Tunku Abdul Rahman. 

As the site of Malaysia’s independence proclamation in 1957, Stadium Merdeka represents national resilience and pride, making it a perfect setting to honour Malaysia’s sporting icons as well as encouraging community spirit. 

Among the 150 invited guests were football legends Datuk Wira Soh Chin Ann, Dato’ Shukor Salleh and Datuk Santokh Singh, national badminton heroes Datuk Rashid Sidek and Dato’ James Selvaraj, former national sprinter G. Shanti, former diving queen Datuk Leong Mun Yee, as well as national hockey Olympians Datuk Mirnawan Nawawi and N Sri Shanmuganathan. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.