Bintang Harimau Malaya ke Eropah
Daripada #ArkibLegasiLagenda, kami kongsikan sekeping foto yang dirakam semasa lawatan legenda bola sepak negara Abdul Ghani Minhat dan Robert Choe ke kelab Jerman Barat, Eintracht Frankfurt pada tahun 1962.
Mereka pernah mendapat taklimat dan berlatih di bawah kendalian Paul Oswald, pengurus pasukan The Eagles. Dalam satu taklimat, Oswald menerangkan tentang persamaan “Training = Technik + Kondition +Taktiks” definisi yang digunakan untuk melatih pemain bola sepak bertaraf dunia pada waktu itu.
Dalam foto ini kelihatan ketiga-tiga mereka memerhati Dieter Stinker, pemain tengah kelab tersebut mendapat urutan fisio.
Ini adalah dalam rangka lawatan dan latihan mereka ke Jerman Barat dan England selama empat bulan ke England dan Jerman Barat.
Ghani dan Robert adalah antara generasi pertama pasukan bola sepak Malaya dan telah banyak meraih kejayaan termasuk kejuaraan Pestabola Merdeka dan pingat gangsa Sukan Asia 1962. Semoga kejayaan mereka menjadi inspirasi kepada generasi muda dan akan datang.
//
Harimau Malaya Stars Head to Europe
From Legasi Lagenda’s archive, we share a photo taken during Abdul Ghani Minhat and Robert Choe’s visit to West German club Eintracht Frankfurt in 1962.
They were briefed and trained under Paul Oswald, the manager of The Eagles. In a briefing, Oswald explained the equation “Training = Technique + Condition + Tactics”, which was the definition used to train world-class footballers at the time.
In this photo, the three of them are seen observing Dieter Stinker, the club’s midfielder, receive a physiotherapy massage.
This was part of their four-month visit and training tour to West Germany and England.
Ghani and Robert were among the first generation of the Malayan national football team and have reaped many achievements during their era such as winning the Merdeka Tournament and the bronze medal at the 1962 Asian Games. May their success be an inspiration for generations to come.