Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-67!

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Pestabola Merdeka 1983

Pestabola Merdeka 1983 berlangsung pada 14 September sehingga 2 Oktober. 

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang menyandang jawatan sebagai Menteri Kebudayaan, Belia Dan Sukan pada ketika itu menyampaikan harapannya dalam kata-kata aluan program kejohanan agar Pestabola Merdeka 1983 dapat memberi pengalaman pertandingan antarabangsa dan meningkatkan keyakinan pemain-pemain muda. 

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga menulis bahawa peminat-peminat seluruh negara berpeluang menyaksikan perlawanan di mana pasukan-pasukan bertanding ialah Ghana, Thailand, Nepal, Bangladesh, Korea Selatan (pasukan Pilihan dan pasukan Olimpik ’88), Argentina (Pilihan Buenos Aires), Algeria, Brazil (Pilihan Rio de Janeiro), pasukan Olimpik USA, pasukan kebangsaan Harimau Malaya, dan pasukan muda Harimau Malaysia.

Edisi Pestabola Merdeka tersebut dianjurkan di beberapa negeri selain Kuala Lumpur seperti kebiasaannya. Antara bandar-bandar yang menjadi tuan rumah perlawanan termasuk Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuantan, Johor Bahru, Seremban, Ipoh dan Alor Setar. 

Inisiatif ini diputuskan supaya peminat bola sepak dari seluruh negara dapat menyaksikan Pestabola Merdeka dengan harapan memupuk semangat patriotisme. Kekalnya salah satu objektif utama yang diterajui oleh Tunku Abdul Rahman untuk menyatukan rakyat Malaya yang baru sahaja menyambut kemerdekaan melalui sukan, terutamanya bola sepak. 

Legasi Lagenda mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan ke-67 kepada semua rakyat Malaysia. Semoga kita terus memelihara semangat perpaduan seperti yang dipelopori oleh Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman. 

//

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Merdeka Tournament 1983

The 1983 Merdeka Tournament took place from September 14 to October 2. 

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, who was Minister of Culture, Youth, and Sports at the time expressed his hope that it could provide international competition experience and increase confidence of young players in his welcome note of the tournament programme.

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim also wrote that fans all over the country have the opportunity to watch matches where the competing teams were Ghana, Thailand, Nepal, Bangladesh, South Korea (Selection Team and Olympic ‘88), Argentina (Buenos Aires Selection), Algeria, Brazil (Rio de Janeiro Selection), USA (Olympic Team), the national team Harimau Malaya and second-stringers Harimau Malaysia. 

The 1983 edition was organised in several states other than its usual home, Kuala Lumpur. Among the cities selected to host matches include Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuantan, Johor Bahru, Seremban, Ipoh and Alor Setar. 

This initiative was to ensure that football fans from all over the country could watch the Merdeka Tournament in hopes of fostering the spirit of patriotism. This kept to one of the objectives led by Tunku Abdul Rahman in bringing the people of newly independent Malaya together through sport, especially football.  

Legasi Lagenda wishes all Malaysians a Happy 67th National Day! May we continue to preserve the spirit of unity as pioneered by our country’s Father of Independence, Tunku Abdul Rahman. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.